Tuesday, March 10, 2009

KEPUTUSAN SPM....ESOK..12 MAC....

Assalamualaikum...

Huh....cepat betul masa berlalu..3 bulan terasa begitu singkat sekali..apalagi bagi calon-calon spm tahun ni..tunggu punya tunggu eh, esok dah nak keluar keputusan..kawan kawan seperjuangan yang terpilih untuk ke PLKN tentu dah sibuk hari ni..yelaa nak balik rumah dah..saya yang tak terpilih ni ambil kursus jadi suri rumah..free je kursus ni..sape-sape yang berminat boleh daftar sekarang..heehee..sepanjang cuti ni ada juga kawan-kawan lain yang katanya buat kerja sambilan..ada yang tolong mak jual kuih,bekerja kat pasaraya..yang duduk kat rumah tu ada dah yang mula belajar memasak..apa-apa ajela yang penting kita semua ni nak manfaatkan masa lapang ni..

Spm..spm..spm..kalau nak difikirkan memang tak sudah..memang tidak dinafikan spm adalah satu peperiksaan yang sangat penting kerana ia melibatkan kerjaya seseorang pada masa akan datang..keputusan spmla yang dapat menentukan sama ada cita-cita kita untuk menjadi doktor ke,pensyarah ke, arkitek ke dan apa-apa ke menjadi kenyataan..mungkin bagi sesetengah orang spm adalah hidup mereka..jika mereka berjaya dalam spm bererti mereka berjaya dalam hidup mereka..jika sebaliknya??

Memang saya tidak nafikan semua calon spm mengharapkan yang terbaik untuk keputusan mereka..malah saya pun begitu..mana ada manusia yang mengharapkan keburukan untuk diri mereka..kan?

Baiklah..kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ini ingin saya sarankan kepada anda semua bahawa apa yang penting sekarang ialah kita serahkan sepenuh jiwa dan raga kita kepada Allah s.w.t..Saya yakin setiap dari kita sudah memeras sepenuh tenaga berusaha demi mengecapi kejayaan yang diidamkan..yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa hamba-hambanya..berdoalah supaya Allah memberi yang terbaik untuk kita..apa sahaja keputusan terimalah dengan hati yang redha dan terbuka..yakinlah bahawa setiap sesuatu pasti ada hikmahnya..cuma kita sahaja yang belum dapat mengetahui hikmahnya lagi..sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu..

Okla kawan-kawan..apa yang penting?(Bukan wonderpet ye) kita serahkan segala-galanya pada Allah..nak keluar macam ape pun kita perlu menerima Qada' dan Qadar Allah..sekiranya kita mendapat apa yang kita ingini alhamdulillah..sekiranya sebaliknya jangan berputus asa dan jangan fikir Allah tidak menyayangi kita..mungkin sesuatu yang kita suka itu adalah tidak baik untuk kita dan mungkin juga sesuatu yang kita tidak suka adalah lebih baik untuk kita..

Sebelum berundur saya doakan yang terbaik untuk semua..SEMOGA SUKSESS DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT!Jangan lupa doakan saya juga..

Assalamualaikum..

No comments: