Sunday, March 29, 2009

..MAKHLUK SESAT..

Assalamualaikum warahmatullah..

Apa khabar teman-teman semua?Mudah-mudahan semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat..baiklah..sebenarnya saya ingin berkongsi cerita dengan teman-teman semua..nak dengar tak??..okla..ceritanya berbunyi begini..

Kisahnya bermula pada suatu malam apabila saya dan keluarga pulang dari menziarahi wan dan ki di Kampung Durian Burung baru-baru ini.Pada malam itu hujan sungguh lebat.Hanya lampu-lampu jalan dan lampu kenderaan sahaja yang menerangi malam yang kelam pada hari itu..

Setibanya kenderaan kami di hadapan pintu pagar,suatu perkara yang jarang berlaku terjadi pada malam itu.Remote pintu pagar tidak berfungsi.Akhirnya, abi buat keputusan untuk masuk melalui pintu pagar kecil..Nasib baik ada kunci.Abi memang akan bawa ke mana sahaja kunci-kunci rumahnya..Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan"..

"Habis tu takkan kita nak tinggal kereta kat luar ni umi?..Umi,kesian abi kena hujan.Nantikan kalau orang jahat datang macam mana?.umi,kita pergi semula la rumah wan..Ifah takut umi."Adik saya yang berumur 7 tahun juga memahami keadaan malah dia lebih bimbang berbanding kakak dan abangnya.."takde apala..insya-allah abi nak buka pintu dari dalam rumah je Ifah..kita doa supaya abi selamat..nangis buat apa?"..Pujuk umi dengan tenangnya..

Tidak lama selepas itu,abi pun datang kembali dalam keadaan basah kuyup.."Eh,Masya-Allah ada anjingla kat depan pintu rumah..angah, mari tolong abi..kita buka pintu rumah yang satu lagi.."..Kami yang terdengar perkataan'anjing' tak semena-mena jadi panik..Adik Ifah pun apa lagi.."huuhuu umi..jangan suruh abi pergi kat anjing tu..nantikan anjing tu gigit abi macam mana?..huuuhuu."Dia menangis pulak..bising dalam kereta tu tuhan je tahu..

Namun dalam diam kami semua berdoa supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku..beberapa minit selepas itu pintu pagar automatik terbuka..abi dan adik Wafi berjalan dengan langkah yang pantas masuk ke dalam kereta..Kemudian abi payungkan seorang demi seorang masuk ke dalam rumah.."masuk baik-baik dalam rumah..masuk melalui pintu satu lagi tu..cepat sikit..anjing tu taknak lari"Apabila tiba giliranku,tiba-tiba sahaja rasa takut menyelubungi diri..macam-macam yang terbayang dalam fikiran.."Astaghfirullah..tawakal,tawakal..fuh!"Apabila sampai di tangga rrumah ,saya dapat melihat anjing itu..takla besar sangat tapi menakutkan juga sebab ia bukan kucing..tak main sayur sayur ni..daging pilihan nombor satu..Setelah saya masuk ke dalam rumah,saya ternampak pasu bunga yang dibeli oleh abi pecah..rupa-rupanya pasu tu pecah semasa abi cuba untuk membuka pintu tadi..Ya allah macam-macamla pulak malam ni..

"Dari mana pulak datang anjing ni ye?setahu umi,takde pun orang yang bela anjing kat kawasan ni..semua orang islam kat sini kan..habisla kena samak pulak nanti..aduuhla.."Abi pun bercadang untuk menghubungi jabatan haiwan pada keesokan hari..dua hari telah berlalu,akhirnya baru kami tahu bahawa memang ada orang yang membela anjing tetapi sayangnya tuannya dah tak nak lagi anjing tu..

Kadang-kadang tu 'dia' menyalak..masya-allah kuatnya sakit telinga..terpaksala orang dalam rumah ni memekakkan telinga..Nak sembahyang pun tak khusyuk jadinya..setiap orang yang lalu di hadapan rumah mesti tercari-cari bunyi salakan anjing tu..Kadang-kadang saya rasakan seolah-olah keluarga saya pula yang memeliharanya..eee

Beberapa hari anjing tu ada kat rumah..iissyyhh jadi busuk halaman rumah..rupa-rupanya anjing ni ada bau jugak..tak tahan dengan baunya..hancing..lidahnya asyik terjelir je..kami yang tak pernah bela makhluk seperti ini fikir anjing tu lapar..jadi umi pun pergila cari makanan anjing.."haahaa umi,orang tak tanya ke kenapa umi beli makanan anjing??"Saya tanya umi saya..yelaa pelik jugak kalau tuan kedai nampak pakai tudung cantik-cantik tapi beli makanan anjing pulak..Saya pun terfikir memang ada hikmahnya Allah SWT mengharamkan anjing kepada manusia..memang wajar sekali anjing adalah najis kerana sifatnya dan ciri-cirinya adalah tersangat kotor..Allah itu Maha Penyayang kepada hamba-hambanya..Dia tidak akan membiarkan kita makan makanan yang kotor..sekiranya tidak disyariatkan pengharaman anjing, sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai jenis penyakit disebabkan kuman yang ada pada anjing itu sendiri..Subhanallah..

Beberapa hari selepas itu,datangla pegawai-pegawai dari jabatan haiwan..seorang daripada mereka membawa jarum yang mengandungi ubat pelali..tiga kali pakcik tu suntik "makhluk tu"..akhirnya anjing itu pun menjadi mabuk ..tak ubah rupanya seperti orang yang minum arak..haahaa..pakcik yang seorang lagi pun tarik anjing tu dan masukkan ke dalam plastik tong sampah..berakhirlah pengalaman membela anjing..






No comments: