Thursday, March 19, 2009

RAKAN SEPERJUANGAN.....

assalamualaikum...


Apa khabar kepada pembaca-pembaca setia blog saya ini?alhamdulillah harap-harap sihat semuanya ye...hemm..sebelum tu saya minta maaf banyak-banyak kerana dah lama betul saya tak update blog ni..maaf kerana buat anda tertunggu-tunggu..sebenarnya selepas sahaja dapat result spm ni saya sibuk sikitla..yelaa..nak isi macam-macam jenis borang..tiga hari tiga malam tak lena tidur..nak isi borang ni bukannya senang..perlu fikir masak-masak dulu..


Alhamdulillah sekarang saya dah hampir selesai isi borang-borang tu semua..lega sikit rasanya..Ape??result??..oh ye,ye tak ingat nak bagitau..Alhamdulillah saya dapat 9a baru-baru ni..8a1,1a2 dan 3b3..semuanya ada 1,2,3..heeehee...walaupun tak penuh, tetapi saya sanagt bersyukur kerana kebanyakan subjek yang agak susah bagi saya nak target a, saya berjaya mendapat a..segala pujian bagi Allah..subjek yang saya dapat b pula ialah subjek bahasa arab tinggi,pendidikan syariah islam dan juga matematik tambahan..bagi saya subjek matematik tambahan adalah subjek yang paling saya takuti..dapat b pun syukur sangat..kepada adik-adik yang akan menghadapi spm pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang, saya ingin berpesan kepada adik-adik supaya jangan malas buat latihan..lawan perasaan malas tu ye..subjek yang melibatkan pengiraan perlu dilatih setiap hari..sebenarnya subjek ini cukup seronok cuma ia memerlukan kerajinan dan istiqomah..


Sekarang saya bercadang untuk mengambil bidang pergigian..tapi itupun belum pasti lagi..perjalanan tu rasa jauh lagi..buat masa terdekat ini saya lebih suka memilih bidang kedoktoran kerana sejak kecil lagi saya begitu berminat terhadap bidang ini..Subjek biologi juga adalah antara subjek yang saya minati kerana saya merasakan apa-apa pelajaran yang menjurus ke arah sains dan teknologi ini dapat meyakinkan diri kita tentang kebesaran Allah SWT..contohnya apabila saya belajar tentang sintesis DNA, saya begitu kagum dengan keajaiban ciptaan Allah..Bayangkan..satu sel yang begitu kecil rupa-rupanya mempunyai banyak komponen-komponen yang sangat penting seperti nukleus yang mengandungi DNA,mitokondria yang menjana tenaga,dan sel membran yang hanya membenarkan bahan-bahan yang tertentu sahaja untuk memasuki sel tersebut..Subhanallah ..sel kita ibarat sebuah kerajaan yang begitu maju dan sistematik sekali..

Cuba anda semua sebutkan ciptaan yang pernah dilakukan oleh manusia...pernahkah ada ciptaan manusia yang betul-betul serupa dengan ciptaan Allah contohnya seperti penciptaan pokok?..benar..manusia sangat boleh mencipta suatu benda lain yang menyerupai pokok..Berdaun hijau,batang yang kelihatan seperti kayu yang asli,ranting-ranting yang halus..Namun sayangnya,pokok itu tidak dapat membesar seperti mana pokok yang diciptakan oleh Allah..ia tidak mampu untuk melakukan proses-proses hidupan yang normal seperti menyerap tenaga matahari untuk membuat makanan sendiri,menyerap air untuk memastikan kesegahannya..fikirkan..

Sehebat mana pun manusia mereka tetap tidak mampu menciptakan sesuatu yang belum ada..segala yang kita perlukan setiap hari seperti buah-buahan,air,sayur-sayuran,udara semuanya diciptakan oleh Allah SWT..Oleh itu, mengapakah kita tidak pernah mencuba untuk mencintai Allah yang telah memberi pelbagai kesenangan kepada kita..sesungguhnya kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya..

Baiklah sahabat semua..sebelum saya mengundur diri saya ingin abadikan gambar rakan-rakan sekelas saya sewaktu kami berada di tingkatan lima Muslim..semoga rakan-rakan semua berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan..insya Allah..Amiin.




No comments: