Tuesday, March 10, 2009

SERGAH LANGKAH-LANGKAH SYAITAN LAKNATULLAH..

Assalamualaikum...

Di sini saya bawakan petikan dari buku "Minhajul Abidin" karangan Imam Ghazali yg menjelaskan 7 langkah syaitan..

LANGKAH PERTAMA
Syaitan sentiasa melarang manusia daripada mentaati Allah.Orang yg kuat imannya menegaskan:"Aku benar mengharapkan pahala dari Allah.Untuk itu aku mesti sentiasa taat kepada perintah Allah sebagai bekalan menuju alam akhirat".

LANGKAH KEDUA
Syaitan sentiasa memujuk manusia supaya menagguhkan ketaatan kepada Allah.Orang yg kuat imannya menegaskan:"Kematianku berada dalam ketentuan Allah.Sekiranya aku menunda-nunda amalan hari ini ke hari esok,bagaimana pula amalan hari esok?Setiap hari aku punya amalan berlainan yg mesti dilaksanakan.

LANGKAH KETIGA
Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk tergesa-gesadalam beramal mengerjakan sesuatu kebaikan supaya cepat beralih kepada mengerjakan kebaikan yg lain.Orang yang kuat imannya menegaskan:"Amal yg sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yg banyak tetapi tidak sempurna."

LANGKAH KEEMPAT
Syaitan memperdaya manusia supaya melakukan amalan secara sempurna agar tidak dicela manusia.Orang yg kuat imannya menegaskan:"Bagiku cukuplah dengan penilaian Allah.Tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia dan amalan untuk selain dari Allah akan tertolak."

LANGKAH KELIMA
Seterusnya syaitan membisikkan pujian kpd orang yg beramal:-"Sungguh tinggi darjatmu dapat beramal soleh.Pintar dan cerdik sekali dirimu."
Orang yg kuat imannya menegaskan"Segala kekuatan itu adalah dari allah.Allah yg melimpahkan taufik dan hidayahnya untuk aku beramal ibadat.Tanpa pahala dari Allah apakah nilainya amalanku berbanding nikmat Allah yg luas, sedangkan begitu banyak pula dosa-dosaku."

LANGKAH KEENAM
Syaitan terus mencuba dgn cara yg lebih halus.Syaitan membisikkan:"Bersungguh-sungguhlah engkau beramal secara sembunyi,jangan sampai diketahui orang.Nanti Allah jualah yg akan memberitahu kepada orang lain bahawa engkaulah hamba Allah yg ikhlas."Begitulah syaitan cuba mencampur baurkan amalan seseorang dengan tipu dayanya yg sangat halus sehinggakan terjerumus ke dalam bab riya'.Orang yg kuat imannya menegaskan:"Hai yg dilaknat Allah,tidak henti-henti engkau menghasut untuk merosakkan amalanku.Aku adalah hamba Allah.Dia yg berkuasa ke atas aku.Jika Allah berkehendak memperlihatkan mahupun menyembunyikan amalanku itu adalah hakNya.Aku tidak khuatir manusia tidak mengetahuinya kerana amalanku semata-mata kerana Allah."

LANGKAH KETUJUH
Syaitan tidak pernah putus asa menggoda manusia,berbagai cara dicubanya.Dia cuba pula dengan cara menanamkan perasaan buruk sangka."Hai manusia janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah.Sebab jika Allah telah menetapkanmu sedari azali sebagai orang yg akan berbahagia di akhirat nanti, maka meninggalkan meninggalkan ibadat tidak akan mendatangkan mudharat, Engkau akan tetap menjadi orang yg berbahagia.Dan sebaliknya,
jika Allah telah menetapkanmu sebagai orang yg celaka, tidak ada gunanya engkau beribadah.Nasibmu tetap akan malang.

Orang yg teguh imannya akan terus tetap pendirian:"Aku hanyalah hamba Allah.Wajib bagiku mentaati perintah AllahAllah yg menentukan segala-galanya.Walau bagaimana ketetapan Allah ke atasku, aku tetap akan beribadah dgn harapan harapan Allah meredhaiku.Sekiranya ditakdirkan nasibku malang, setelah beribadat dan taat kepada Allah aku tidak akan menyesal
aku tetap yakin akan janji-janji Allah.allah tetap menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yg taat kepadanya."

No comments: