Monday, April 20, 2009

BALASAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT..

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..

Baiklah kali ini,kita sama-sama baca dan hayati cerita ini.Saya yakin dah ramai yang dengar cerita ni namun berapa ramai yang yang betul2 ambil pelajaran daripadanya?Inilah kisah yang boleh membuka mata kita semua tentang betapa pentingnya ibadah solat itu.Azab bagi orang yang meninggalkannya telah ditunjukkan oleh Allah SWT sejak di dunia lagi.Akhirat??tak payah ceritala..Tanpa membuang masa, mari kita baca..

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Masya Allah cuba bayangkan sekiranya perkara ini betul-betul berlaku di hadapan mata kita..Lepas ni, siapa-siapa yang pernah tinggal sembahyang dengan sengaja cepat2 la qadha' ye..mungkin masa tu kita kurang kesedaran lagi..Yang penting kita perlu yakin bahawa Allah SWT Maha Pengampun terhadap hamba-hambanya..Kadang-kadang tu hairan juga dengan orang yang sengaja tinggal sembahyang ni..memang ada orang macam tu hari ni..saya pun pernah jumpa..agaknyala apa yang diorang rasa ye?Adakah diorang langsung tidak memikirkan tentang azab Allah SWT di akhirat nanti?.ataupu.n mereka tidak yakin dengan Allah SWT yang hidup dan kekal?..nauzubillah..Walau apapun saya yakin sahabat2 semua cukup ambil berat tentang sembahyang ni..Alhamdulillah dan syabas..mulai sekarang tanamkanlah azam dalam diri kita untuk cuba menunaikan solat dengan penuh khusyuk,tanamkan rasa yakin bahawa Allah SWT mendengar segala doa kita walaupun dalam hati.Lakukan sesuatu yang patut supaya solat kita menjadi solat yang berkualiti.Ingat! suatu masa nanti kita akan menghadap Allah SWT.Yakinlah dengan pertemuan itu..sekian buat semua.assalamualaikum.

No comments: