Monday, April 13, 2009

FADILAT DOA..

Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

Adab berdoa yang ketiga hendaklah menghadap kiblat kerana doa adalah satu di antara ibadah kpd Allah.

Berdoa pula dikehendaki angkat kedua belah tangan.Cara angkat tangan semasa berdoa ada pelbagai kaifiyat yg dibahaskan oleh para ulama'.

Mengikut Imam Ghazali r.a ialah dgn mengangkat agak tinggi hingga kelihatan putih celah pangkal lengan.

Selesai berdoa sayugia raut kedua tapak tangan ke muka, kerana menurut atsar Sayidina Umar r.a katanya,"Nabi saw apabila hulur tangan ke arah langit berdoa,tidak diturunkan tangannya kecuali setelah dirautkan ke mukanya."

Demikianlah kedudukan tangan ketika berdoa,ketika angkat kedua tapak tangan jangan memandang ke langit,jika berbuat demikian seolah tuhan berada di langit,sedangkan Allah swt tidak bertempat.

Adab berdoa yang keempat ialah dengan suara yg sederhana antara jahar(nyaring) dan perlahan (sir).

Yg mustahak hendaklah kedengaran butir huruf kerana segala perkataan itu hasil daripada bibir mulut dan lidah serta suara.

Siti Aisyah ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud:"Dan janganlah kamu menyaringkan suara dalam solatmu dan janganlah merendahkannya,dan carilah jalan tengah di antara keduanya."(Surah Al-Israak ayat 110)

Yang dimaksudkan dengan solatmu ialah doa,kerana jika yang dimaksudkan itu solat,maka ia bercanggah dengan kedudukan solat malam Nabi SAW yang dibaca jahar(nyaring) dan solat dengan sir(suara perlahan)

Satu hujah lagi ialah dengan pujian Allah SWT terhadap Nabi Zakaria a.s dalam Al Quran yang bermaksud:"(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat tuhan kamu kepada hamba-Nya Zakaria iaitu ketika ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yg lembut."(Surah Maryam ayat 2 dan 3)

Perkara yg dipuji Allah SWT ialah cara Nabi Zakaria berdoa dengan suara lembut.Dia tidak menyaringkan suara ketika berdoa kerana yakin bahawa Tuhan Yang Maha Mendengar terlalu dekat dengannya.

Adab yang kelima janganlah berdoa dengan kalimah yang bersajak,sebaiknya berdoa yg berpunca daripada Nabi SAW yang ma'thurah.

Tidak perlu bersusah payah mencipta doa sendiri kerana yang hendak dipinta semuanya telah dipohonkan oleh Nabi saw.Doa yang disusun oleh nabi sawlebih teratur indah dan lebih sempurna.

Kadangkala manusia meminta sesuatu lebih daripada kadar yang sepatutnya kerana tidak semua orang pandai meminta.Oleh itu lebih afdal jika mengambil doa daripaada Rasulullah saw lebih selamat dan terjamin kesesuaiannya.Demikianlah perbincangan mengenai zikir dan doa.

Sumber:Fikrah-TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT.

No comments: