Wednesday, April 15, 2009

KETIKA DIPERMAINKAN OLEH ABDULLAH

Assalamualaikum..

Ok kali ini nak cerita sikit.BACA tau.,jangan tak BACA..Ini kisah dan kenangan sewaktu hayat Rasulullah SAW pada suatu ketika dahulu.Walaupun Rasulullah telah tiada namun,kita sebagai umatnya yang terpilih haruslah berusaha untuk mencintai baginda dan cuba untuk mengamalkan serta menghayati sunnah baginda kerana itu semua adalah wahyu dan dan perintah daripada Allah SWT.ok..sebenarnya bagi saya kisah ini sangat menarik kerana kita jarang mendengar cerita-cerita lucu dalam kehidupan Rasulullah SAW.Berikut adalah kisahnya..

Adakala Rasulullah bergurau dengan para sahabat semata-mata untuk menggembirakan hati mereka atau mencipta suasana majlis yang tidak tegang,serius dan tetap hidup.

Disebabkan keramahan Rasulullah SAW.para sahabat sering berjenaka di hadapan baginda.Bahkan Rasulullah SAW pernah dipermainkan oleh para sahabatnya seperti yang tersebut dalam sebuah riwayat.

Diriwayatkan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Abdullah yang dikenali di kalangan para sahabat dengan sebutan 'keldai' kerana tingkah laku dan perlakuannya yang sering membuat Rasulullah SAW geli dan tersenyum.

Suatu ketika, Abdullah mengirimkan hadiah kepada Rasulullah SAW berupa madu dan minyak.Tidak lama kemudian dia datang dengan membawa penjual barangan itu untuk meminta wang iaitu harga barang-barang yang diterima oleh Rasulullah SAW.Dengan senyum baginda pun membayarnya.

Demikian indah sikap Rasulullah SAW.Walaupun dipermainkan sedemikian rupa oleh Abdullah,namun baginda tidak marah,bahkan baginda tersenyum melihat tingkah laku Abdullah yang kelakar.

Itulah ceritanya rakan-rakan.Agaknya kalau berlaku pada kita sudah tentu dah lebam kawan kita tu kan?..hee..tapi saya percaya kita semua taklah seteruk itu cuma mungkin ada perasaan marah yang tidak dapat dielakkan dalam diri kita..Apapun mungkin sangat sukar mencari manusia sesabar dan seindah akhlak Rasulullah SAWdalam zaman moden begini kan?....Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang TER...BAIK buat kita semua.bukan artis,bukan penyanyi dan bukan juga selebriti..Selawat serta junjungan buat Nabi kita..


sumber:Senyuman dan Kenangan Manis Bersama Rasulullah karya Hj Abdul Malik.

No comments: