Saturday, April 18, 2009

JANGAN PUTUS ASA..SIAPA YANG DAPAT MEMBANTUKU?..JAWAPANNYA..

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkn saja mangatakn,"Kami tlh beriman, sdgkn mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami tlh menguji org2 yg sebelum mrk, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar, & sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg berdusta." Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam2kn?
Quran menjawab : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi kamu pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sdgkan kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : " Allah tidak membebani seseorg itu melainkn sesuai dgn kesanggupannya." Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah, & janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg plg tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." Surah Ali Imran, ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn jalan sabar & mengerjakan sembahyang, & sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bg org2 yg khusyuk." Surah al-Baqarah, ayat 45.

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drpnya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal." Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa yg aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikn syurga untuk mereka." Surah at-Taubah, ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab : "....& janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesunggunhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkn kaum yg kafir." Surah Yusuf, ayat 12.

Kita berkata : Sampai bila aku akn merana begini?
Quran menjawab : " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." Surah al-Insyirah, ayat 5-6.
IKHLAS DARIPADA,
sEorANg SahABAT

* dipetik daripada sebuah novel



No comments: