Thursday, April 2, 2009

MOIST CHOCHOLATE CAKE..delicious!

Bismillahirrahmannirrahim..

Haa assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah..Semoga sentiasa berada dalam perlindungan-Nya..Sebenarnya hari ni saya nak berkongsi sesuatu dengan anda semua..Nak tak??.bagus,bagus..good girl and good boy!..Ok,siapa kat sini suka masak?..Angkat tangan!..Takpe saya tak nampak pun..hehe..Sebenarnya saya nak ajar buat "moist chocholate cake"..emm yummy!..setakat ni memang sedapla..adik-adik saya suka sangat makan..kawan-kawan, keluarga pun suka..budak-budak dengan coklat ni memang sinonimla kan..Saya pun pernah juga buat ketika majlis perkahwinan mak saudara tahun lepas..5 kali buat..aduuh..letih jugak kalau buat banyak kali..tapi takpe sebab saya suka tengok orang makan..biarlah saya tak makan pun..Eh banyakla pulak cakap..Ok,ok kita mula sekarang ye..

Bahan-bahan untuk kek:-

2 cawan tepung
1 cawan minyak masak
1 tin susu cair/segar
1 1/2 cawan gula
2 biji telur ayam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder

*1 cawan air panas


Cara-caranya:-

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali * dalam satu bekas.kacau hingga tiada ketulan kecil.(kacau satu hala saja supaya kek tak bantat)
  2. Panaskan oven.Sapukan sedikit mentega dan tepung pada bekas acuan.
  3. Setelah acuan rata masukkan air panas dan kacau lagi.
  4. Cepat-cepat tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven.
  5. Guna suhu 200 darjah celcius.

Bahan untuk topping:-

6 sudu besar serbuk chocholate
susu pekat
3 sudu besar mentega/marjerin
sedikit susu cair

Cara membuat topping:-
  1. Masukkan semua bahan topping dalam vision.Tuang susu pekat sampai coklat tu basah je.Kemudian letak vision tadi ke dalam vision lain yang lebih besar dan mengandungi air.(kita panggil double boiling)
  2. Kacau hingga rata.(boleh tambahkan susu cair mengikut kepekatan yang diingini)
  3. Setelah rata,tuangkan perlahan-lahan ke atas kek tadi.
  4. Selepas itu boleh taburkan aksesori yang disukai.(cnth:badam/serbuk coklat berwarna)

SELAMAT MENCUBA!

No comments: