Wednesday, April 1, 2009

OH REMAJA..

Assalamualaikum..

Sebelum saya memulakan penulisan saya ingin dendangkan sebuah lagu tentang remaja.Dengar ya..

Oh remaja!
Harapan keluarga

Putra putri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama

Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar semua kau tahu
Sejuk ibu yang melahirkan
Mendidikmu..

Bangkitlah ooh putraku
Dari lena yang panjang..

Berjuang bagai perwira yang berjasa
Bangkitlah ooh putriku!
Dari mimpi yang palsu

Demi maruah dan juga Agamamu...

Itulah sedikit daripada lirik lagu yang saya ingat.Saya begitu tertarik dengan kata-kata lirik tersebut.Sungguh menyentuh jiwa,menusuk kalbu dan perasaan.Sangat sesuai dijadikan panduan dan pegangan remaja hari ini.Alangkah indah sekiranya para remaja hari ini adalah remaja yang sentiasa berusaha untuk menjaga imej agamanya.Alangkah indah sekiranya remaja hari ini sentiasa menitikberatkan soal maruah mereka.Subhanallah...sekiranya hal ini menjadi realiti dalam zaman yang serba canggih ini sudah tentu negara kita dapat mencapai kemajuan yang mungkin setaraf dengan negara-negara maju yang lain.Bukan itu sahaja,bahkan remaja islam dapat menjadi contoh terbaik. Mengapa saya kaitkan dengan kemajuan?saya yakin kita semua pernah mendengar ungkapan
"pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara"

Sahabat remajaku sekalian,

Pemuda atau remajalah sebenarnya yang akan menjadi pelapis negara.Kita sebagai seorang remaja seharusnya sentiasa menilai diri kita.Adakah kita sanggup untuk melakukan apa-apa perbuatan yang akan meruntuhkan imej bangsa,negara dan agama kita sendiri?Sanggupkah kita menggadai maruah kita demi keseronokan sementara kita semata-mata?Sehingga sekarang saya masih ingat kata-kata mantan pengetua sekolah saya Puan Hajah Napisah dalam satu perhimpunan mingguan sekolah.
"Nafsu sentiasa meronta-ronta untuk melakukan kejahatan"
Kata-kata yang cukup ringkas dan padat sekali untuk dihayati.

Tidak dapat dinafikan zaman remaja adalah zaman pertengahan hidup kita dan zaman keseronokan.Akan ada perkara baru pada zaman remaja.Pada waktu inilah para remaja mempunyai satu inkuiri yang cukup tinggi.Mereka akan sentiasa ingin mencuba perkara baru dalam hidup mereka.Godaan pada zaman remaja cukup kuat sekali.Kita terpaksa bertarung antara nafsu dan akal.Kita akan selamat sekiranya kita melakukan sesuatu berdasarkan akal tetapi kita akan kecewa sekiranya kita menjadikan nafsu sebagai pemandu hidup.

Sahabat remajaku sekalian,

Kita perlu sedar bahawa kita juga terpaksa bertarung dengan muslihat musuh-musuh islam.Mereka akan sentiasa mengintai peluang untuk menyesatkan anak-anak muda islam.Mereka akan melakukan apa sahaja cara sekalipun untuk menghapuskan nilai-nilai islam yang ada dalam diri kita wahai remaja!mereka tidak akan berhenti sehingga kita betul-betul mengikuti mereka.

Remaja muslimah sekalian,

Cukuplah untuk hari ini kita melihat kemusnahan pelapis negara.Mereka kelihatan seperti tidak mempunyai panduan yang dapat mereka rujuk untuk mengembangkan diri mereka.Pakaiannya,kelakuannya, Masya-allah.Seolah-olah mereka tidak pernah mengenal islam.Wahai sahabat-sahabatku marilah kita hayati sejenak firman Allah SWT dalam surah An-Nuur ayat 31:"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya),kecuali yang (biasa)terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali kepada suami mereka....."

Sudah terbukti kan?Siapakah yang menyuruh kaum hawa untuk menutup aurat?Tentunya AllahSWT.Oleh itu apakah alasan kita untuk tidak menutup aurat?Lebih baik kita tanya kepada diri kita sendiri sebelum kita terpaksa memberikan jawapannya di hadapan allah pada hari perhitungan nanti.Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.Setiap apa yang Allah syariatkan kepada kita pasti ada sebabnya.Sekiranya kita tidak yakin,cuba sebutkan satu perkara yang Allah syariatkan tetapi dapat mendatangkan keburukan kepada manusia.

Oleh itu saya juga sebagi seorang remaja yang juga suka kepada keseronokan dan hiburan,ingin menasihati sahabat remaja sekalian agar manfaatkanlah waktu keemasan yang Allah anugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya atau kita terpaksa menghadapi hidup yang penuh kesengsaraan suatu hari nanti..nauzubillah.Waktu remaja hanya sekali dalam hidup kita.Sekali kita merosakkannya ia tidak akan kembali buat kali kedua..

Sebelumsaya menutup tirai marilah kita menghayati firman Allah SWT:
"Sungguh,kami menurunkan kepadamu kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk manusia;barangsiapa mendapat petunjuk maka(petunjuk itu)untuk dirinya sendiri,dan siapa sesat maka sesungguhnya kesesatan itu untuk dirinya sendiri,dan engkau bukanlah orang yang bertanggungjawab terhadap mereka"(Az-Zumar :ayat 41)

No comments: