Wednesday, April 15, 2009

PENAMBAH MAKANAN YANG MERAGUKAN..

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..

Hello everyone!Good morning,good afternoon ,good evening and good night.I hope all of you are in the pink of health.Do you want to read something?Ok,this time i want to tell you about food additives.Please read it carefully..

MONO DAN DIGLISERIDA
  • Adalah campuran bahan berlemak yang mengandungi gliserol dan satu(mono) atau dua (di) asid lemak.Ia dihasilkan daripada pemecahan lemak dan minyak.Mono dan digliserida yang terdapat secara komersial mungkin dihasilkan daripada minyak sayuran,lemak lembu,lemak babi atau minyak ikan.
GELATIN
  • Ialah produk protein yang secara komersial dihasilkan daripada kulit babi,tulang lembu,kulit anak lembuatau kulit ikan.Biasanya sesuatu label tidak menampilkan perbezaan dalam sumber gelatin yang terkandung dalam makanan.Oleh itu apa juga produk yang mengandungi gelatin adalah haram atau meragukan(masbuh) kerana sumber binatang yang digunakan tidak disebut,kecuali jika labelnya secara jelas menyebut penggunaan gelatin yang halal atau daripada sumber ikan.
ENZIM
  • Penggunaannya begitu meluas dalam industri makanan dan tenusu.Sumbernya mungkin diperolehi daripada binatang,tumbuhan atau mikrob.Enzim binatang yang lazim digunakan,renin,diperolehi daripada perut anak lembu.Pepsin merupakan satu lagi enzim penghadaman yang diperolehi daripada perut anak babi.
GLISERIN
  • Dihasilkan daripada lemak atau minyak binatang,lemak sayur atau bahan-bahan petrokimia.
LESITIN
  • Ia terkandung dalam bahagian-bahagian berlemak sama ada daripada tumbuhan atau binatang.
  • Ia digunakan dalam pelbagai produk makanan yang mengandungi lemak sebagai pengemulsi.Sumber lesitin yang paling kerap digunakan ialah kacnag soya,tetapi label pada barangan biasanya jarang menyebut daripada mana sumber itu diperolehi.
ALKOHOL
  • Adalah bahan yang memabukkan dan haram diambil oleh umat Islam.Banyak bahan perisa cecair(seperti vanilla) mengandungi alkohol.Makanan seperti aiskrim soda,hiasan salad dan sos mungkin mengandungi alkohol dalam rumusannya.
RENET
  • Mengandungi renin yang diperolehi daripada bahagian perut anak lembu atau binatang lain.Biasanya digunakan untuk membekukan susu dalam proses membuat keju dan dadih.Renet diperolehi daripada binatang halal yang disembelih mengikut hukum syarak adalah halal.
EKSTRAK VANILLA
  • Ia merupakan pati perisa yang dihasilkan daripada kacang vanila dan biasanya digunakan dalam gula-gula,aiskrim dan pewangi.Ia hanya boleh larut dalam alkohol sahaja.Kajian mendapati produk yang mengandungi vanila mengandungi lebih daripada 50 peratus alkohol.
Haa begitulah keterangannya tentang serba sedikit kandungan dalam penambah makan hari ini.Sekali sekala kita speaking apa salahnya kan.To improve vocabulary..As muslims we must be pro in everything..right? .Jika dalam bab makanan ni semua orang terutamanya kita sebagai umat islam perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli produk makanan.Sekarang zaman moden.Jadi,musuh islam ni sentiasa berusaha untuk menggelapkan hati manusia.Oleh itu,peranan kita ialah sentiasa ambil tahu tentang isu semasa tentang pemakanan ni.INGAT!apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.Berikut adalah Firman Allah SWT tentang pemakan:"Wahai sekalian manusia,makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..."(Surah Al-Baqarah,ayat 168)

sumber:HALAL HARAM persatuan pengguna pulau pinang.

No comments: