Saturday, April 4, 2009

SAINS MEMBAWA KEPADA IMAN

Assalamualaikum..

Adakah anda semua menyukai pelajaran sains?Adakah sains ini penting ye?Sebenarnya sains memainkan perana nyang cukup besar dalam kehidupan kita.Selain ia membantu kita dalam pelbagai urusan kehidupan harian,ia juga berkait rapat dalam agama Islam dalam membuktikan kebenarannya.


Sains apabila dikaitkan dengan wahyu menyebabkan perubahan yang mengagumkan.Antara perubahan itu adalah meninggalkan kekufuran dan menuju keimanan.Salah seorang tokoh yang mendapat hidayah kesan dripada pengkajian sains dikaitkan dengan Quran adalah profesor Tejatat Tejasen.beliau adalah seorang yang pakar dalam bidang anatomi dan pernah menjadi dekan di fakulti Perubatan di Universiti Chiang Mai,Thailand.


Dalam konferensi Perubatan ke-8 yang diadakan di Riyadh,Saudi Arabia,beberapa tahun lepas,beliau bangun berucap dan berkata."Tiga tahun yang lepas saya amat berminat dengan Al-Quran.Saya meyakini segala apa yang direkodkan dalam Quran empat belas ratus tahun dahulu adalah benar kerana ia boleh dibuktikan secara saintifik.Oleh sebab Muhammamad tidak tahu membaca dan menulis,beliau semestinya merupakan seornag utusan yang menyampaikan kebenaran daripada tuhan yang mencipta.Pencipta itu semestinya Allah,justeru saya rasa sudah sampai masanya untuk saya berkata'Lailahaillallah,muhammad rasool allah,'(Ucapan beliau dapat dilihat dalam rakaman video This is the Truth,Muslim world League.Makkah al-Mukarramah,1995)


Sains quran juga mengagumkan Dr.Gary Miller.Beliau adalah seorang pakar matematik di samping seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi kristian.Pada tahun 1978,beliau dihadiahkan dengan sebuah Quran terjemahan bahasa Inggeris.Ilmu yang beliau peroleh daripada Quran mengubah hidupnya kerana selepas itu beliau memeluk islam.


Dalam tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau berkata, "seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mengkaji Quran adalah ia tidak seperti yang mereka jangkakan.Bagi mereka,Quran adalah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad.Justeru mereka menjangkakan isi-isinya pasti juga lebih tua lagi kuno seperti umurnya.Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita mengenai padang pasir.Tiba-tiba mereka menyedari ia tidak seperti itu.Quran dapat dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya.Malah Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains.Konsep sains pada hari ini adalah satu konsep yang memerlukan bukti.Sekiranya seseorang mengutarakan sesuatu teori,pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan sekiranya ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik.Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu bagi membuktikan ia adalah benar.Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada siapapun yang mampu membuktikan kepalsuan Quran,justeru Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar."


-Petikan dari buku Quran Saintifik karya Dr.Danial Zainal Abidin m/s 23-

No comments: