Friday, June 19, 2009

Assalamualaikum warahmatullah....

Nampaknya dah 1 minggu takde khabar berita ye..maklumlah sebagai pelajar yang blajar di u ni memang buzy sikit..ada macam assignment..dah lumrah kehidupan belajar kan..setiap yang susah pasti ada kesenanagan kan??..tapi stakat ni takde lagi rasa "tension"..alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memudahkan segala kerja saya..sebagai rakan dan pelajar, suka saya ingatkan kepada sahabat-sahabat agar jangan benarkan diri kita menyebut perkataan 'tension'..sebenarnya dari segi psikologi ia boleh mempengaruhi diri kita..walau sesibuk manapun urusan kita, cuba selesaikan satu persatu dengan bertenang..Allah tidak akan membebankan kita melainkan apa yang kita mampu.

itu serba sedikitlah pasal pelajaran..posting kali ini saya nak cerita pasal pengalaman sepanjang 2 minggu di USIM Negeri Sembilan ni.Alhamdulillah semuanya pengalaman yang menarik di sini..macam biasala pagi2 nak pergi kuliah memang berebut nak naik bas..tiap-tiap hari siswi2 ni kejar bas..masya allah..macam budak2 pulak rasa..malu pulak kat pakcik bas tu..daripada tak sempat pergi kuliah baik berebut naik bas..heheh

Semasa di kampus induk pulak..ini lagi best..lagi2 time fizik..Allahuakbar tuhan je tahu betapa lawaknye cg tu..tak boleh citela..hanya student kat sini je tau..heheh..sebab tu saya sayang cg2 kat sini..semuanya best2 dan baik..disebabkan saya masuk lewat sikit berbanding kawan2 lain so cg2 pun buatla kelas extra untuk kami2 ni..alhamdulillah takla rasa ketinggalan..

kat sinila saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan orang daripada negara asing seperti china dan nigeria..uniknya kawan2 kerana saya dapat rasakan betapa luasnya skop agama islam ni dan betapa harmoninya islam ini..walaupun berlainan warna kulit namun,kita tetap hamba Allah yang sama di sisinya kecuali orang2 bertakwa dan beriman..satu perkara yang sangat mencuit hati saya apabila seorang anak(lingkungan 4 tahun) dan seorang ibu daripada nigeria solat di surau..si anak turut solat di sebelah ibunya walaupun tidak memakai baju sembahyang..
tersentuh hati melihatnya..

Time cuti pulak..Hari2 minggu ada jugak antara housemate yang balik kampung..huhu kampung saya jauh sebab kat kuala terengganu..teringin jugak nak balik..yelaa mana nak sama cakap melalui skype dengan cakap secara life kan...tapi takpe sebulan lagi nak baliklah..baalik kampuuung!!kepada umi, abi,adik wafi,adik,ainun ifah azim tokma tok ayah kat rumah jangan lupa oakan kaklong ye..kaklong rindu semua..huhu

okey2 rasanya cukupla setakat ni dulu.ada kerja lagi nak buat ni..insya allah ada masa saya sambung lagi..tata..assalamualaikum!


No comments: