Saturday, June 6, 2009

NOMAD.....???

...bersama cena dan puteri...i'll never forget u...
kawan-kawan yang sedang belajar di INTEC(INTERNATIONAL EDUCATION CENTRE)-orang lain yg ambil sebab tu kelabu sikit ni..

...bersama aie...teman sekuliah..


...bersama fatihah...roomate ku...orang kedah na...




..bersama Puteri..huhu..jaga diri ne puteri...

ASSALAMUALAIKUM..


Ehem2 apa khabar sahabat-sahabat semua.eheh dah memang betul-betul lama dah saya tak posting kat blog tercinta ni.tetiba ada gambar pulak..Alamak rindunya rasa..Emm pergi mana agaknya sorang ni kan?



Ok2 kalau nak tau sangat saya ceritala..macam ni ceritanya..Sebenarnya selepas saya dapat tahu je keputusan upu saya terus 'lenyap' daripada blog ni..Saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UITM SHAH ALAM dalam program asasi sains..Alhamdulillah sebab dapat juga tawaran untuk melanjutkan pelajaran walaupun ia adalah pilihan saya yang laaast sekali..heheh kantoi..tapi takpela rezki kan..rezeki jangan di tolak nanti jatuh ntah ke mana baru tau..



Namun jauh di hati sedih jugakla sebab pilihan pertama saya ialah USIM(universiti sains islam malaysia)..yela kalau dah berada dalam kelompok 'keislaman' rasa selamatla sikit..tapi semua tu sebenarnya atas diri kita..kita yang bertanggungjawab terhadap diri kita..



Nak ceritala serba sedikit penglaman di uitm..Fuh!! memang mencabar dan menguji kesabaran..terdetik juga dalam hati saya "dapat ke tahan kalau nak hidup setahun kat sini ni?"..yela hidup dibandar besar dan manusianya pelbagai..Masya allah..kalau ikut hati nak duduk dalam bilik je..tapi nak pergi kuliah macam mana pulak..Baiklah nak ringkaskan cerita walaupun dalam suasana yang sebegitu orang-orang kat kl ni memang murah dengan senyuman..pantang jumpa tersenyum aje..pensyarah di fakulti saya pun baik-baik semuanya..



Dan yang paling menggembirakan ialah sahabat-sahabat saya,roomate saya cukup baik..macam dah kenal lama sedangkan kami baru sahaja berkenalan..mereka semuanya dari negeri yang berlainan seperti kedah,shah alam ,selangor dan macam-macam lagi..Saya nak sebutkan nama-nama roomate saya..fatihah,syiqin,aie..saya tidak akan melupai kalian..dan tidak lupa juga teman seskolah..puteri dan sharina..semoga Allah sentiasa melindungi kalian dengan rahmat dan kasih sayangnya..huhu..sedih ni..Habis tu pergi kuliah naik apa?? haaa ni pun seronok jugak..tiap-tiap hari naik bas rapid..maklumlah kat kuala Terengganu tak ada bas rapid-rapid ni..rempit adalah..jimat tau sebab rm1 je untuk satu hari..tak payah turun pun takpe..saya pun pergi jugak ziarah kawan-kawan sekolah kat INTEC di seksyen 17..sempat lagi tau beli buah tangan di Ole-Ole..tak pergi pulak kat Mydin..nak rasa pergi tempat baru pulak sebab Mydin dah ada kat Terengganu..haha..mengarut sorang ni kan??



Allah itu Maha Kaya..satu malam abi call saya"Wah tahniah kaklong dapat usim la"..subhanallah sungguh memeranjatkan..rasa macam dalam mimpi je..Alhamdulillah sesungguhnya Allah Maha kuasa atas tiap2 sesuatu..teman roomate sayalah yang paling sedih sekali.."Asmaa' janganlah pergi nanti siapa nak teman pergi kuliah,siapa nak teman makan..hukhuk.."sedih la pulak bunyi..sebenarnya jauh di hati saya pun cukup sedih tau sebab terpaksa tinggal kawan2 sejati ni..tapi perjuangan mesti diteruskan.."asmaa' istikharah dulu ye dan buat pilihan yang terbaik" sejuk hati mendengar kata-kata puteri..sepanjang berada di uitm,Puteri la yang menjadi company setiaku..ke cafe,ke surau, kami sentiasa bersama..Allah telah memberi peluang kepadaku... jadi,saya telah membuat keputusan untuk ke USIM..selepas itu saya pun sibuk sikitla sebab asyik berulang alik ke fakulti,pusat kesihatan dan macam-macam lagi untuk mendapat borang-borang dan pengesahan yang berkaitan..Di sinilah saya dapat merasai erti kehidupan sebenar..hidup begitu indah jika kita pandai berdikari..segala-galanya saya lakukan tanpa bantuan ibu dan bapa yang tercinta..alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya..sekarang saya berada di rumah ayah saudara saya di Desa Pinggiran Putra di putrajaya bersama keluarga,datuk,nenek,spupu spapa untuk menghantar ku ke USIM Isnin ini..kebetulan pulak cuti sekolah..jadi adik-adik pun nak ikut jugaklah..



Oklah saya rasa cukuplah coretan saya buat posting kali ini..sahabat-sahabat semua jangan lupa doakan saya agar berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat ye..Akhir bicara...ASSALAMUALAIKUM..





































No comments: