Saturday, August 29, 2009

SAHABAT PERMATA HATI

Assalamualaikum...SEKAPUR SIREH CORETAN HATI..

Emm dah lama betul tak posting kat sini..dalam bulan Ramadhan ini saya ingin luangkan sedikit masa saya untuk menceritakan serba sedikit tentang apa yang saya lalui sepanjang berada di Nilai ni..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..apa yang saya ingin coretkan dalam blog ini ialah tentang saya dan teman-teman seperjuangan..baru-baru ini saya dapat tahu bahawa sahabat-sahabat saya yang berada di INTEC ingin mengadakan majlis iftor bersama kawan2 satu sekolah dahulu..emm saat2 yang dinantikan..dah lama betul nak jumpa diorang tu..maklumlah 2 minggu lagi diorang nak fly ke negara orang..

Tanpa membuang masa saya berpakatla dengan kawan2..semuanya nak pergi..yes!..excitednye..tak boleh dibayangkan kalau jumpa kawan2 nanti..pagi2 lagi nak pergi kuliah tu semuanya dah ready..bawak pakaian..(kalau ikut rancangan nak bermalam di sanala)..bila dah habis kelas pukul 12 tgahari tu memang suka sangatla..sebab nak bertolak pukul 5.30 nanti...nak naik teksi ke Shah alam tu bukannya murah..RM 80 jugakla..naik ramai2 tak terasa sangatla mahalnya..hehe..

Tiba2 sauatu hal yang tidak dijangka berlaku..salah seorang daripada rakanku tak dapat sama2 turut serta..adus.. skarang dah tinggal 2 orang..takkan nak pergi berdua je..eissyh tak beranila saya..habis tu tak kan nak bayar tambang teksi untuk 2 orang je..aduh pokai nanti dibuatnya..masya allah ujian apakah ini?diriku mula rasa tak sedap hati..jauh di hati rasa macm tak jadi je..

Alhamdulillah hi 'ala kulli hal..memang betul2 menjadi kenyataan..sESUNGGUHNYA HANYA ALLAH LAH YANG MENENTUKAN TIAP2 SESUATU..seorang tak dapat pergi..seorang lagi serba salah..saya terpaksa akur dengan keadaan..tiba2 aku merasakan seperti satu kehilangan..harapanku untuk bertemu sahabat2 ku yang bakal menjejakkan kaki mereka ke negara asing berkecai..bayangan suasana ceria bersama rakan2 lenyap begitu sahaja..rasa bersalah juga terhadap mereka..

Nmun..aku pasrah dan redha..setiap apa yang ditetapkan allah pasti adalah yang terbaik untukku..allah lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui..Untukmu sahabatku..kekalkanlah semangatmu untuk berjuang menimba ilmu..kerana..hanya ilmu yang dapat menjadi perhiasan dirimu suatu hari nanti..di mana sahaja dirimu berada..doaku sentiasa bersamamu..moga allah memberkati usahamu..ilalliqo'...

No comments: