Thursday, November 12, 2009

ISU: BERCAKAP SEMASA AZAN??

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

Kaifahalukum?..Alhamdulillah ana fi sihhatin jayyidah..Terjaganya saya pada pagi Jumaat ini adalah satu perkara yang indah sangat..yelaa kat Pantai Timur, hari Jumaat adalah hari minggu..holiday!..yes2..seronoknya..bukannya ape sebab ada umi..abi..adik2 kat rumah..kalau hari2 persekolahan memangla bosan sangat2..bangun aje dah takde orang..huhu..sedih rasanya..cuti2 ni boleh la blaja masak ngan ummi..hehe..sekarang cuti sem 1..planning nak buat kek..kuih..tapi tak taula tu menjadi ke tidak rancangan ni..tambahan lagi tok ayah kat kampung tak berapa sihat..sama-samala kawan2 doakan untuk tok ayah saya ye..hanya Allah mampu membalasnya..amiin..

Okla tujuan saya mengepost blog hari ni adalah untuk menceritakan satu peristiwa yang berlaku smalam..ni cerita betul2 tau..sama2 la ambil iktibar..begini..

Saya telah menghadiri satu majlis yang melibatkan orang kenamaan..sebagai wakil umi saya, saya pergi menemani adik saya ainun izzati-sekolah rendah..Majlis ni diadakan untuk menyerahkan sesuatu kepada pelajar2 sekolah rendah ni..Bukanla maksud saya ingin berbicara tentang orang kenamaan ni..tetapi para hadirin...

Majlis ni mengambil masa yang agak lama.dari pagi sampai ke petang..mujur masih ada kekuatan..heheh..ha! yang jadi isunya semasa tibanya waktu asar..Allahuakbar... dah dengar azan berkumandang pun para hadirin asyik bersembang..bercakap pasal ahli keluargala..apela..
Bagi saya ini adalah satu fenomena yang tidak patut berlaku dalam kalangan masyarakat islam terutamanya..maunya saya nak tegur makcik tu..namun, banyak pulak yang difikirkan..sepatutnya mereka yang lebih berusia tu paham2 la..tak ke terasa hati kalau kita yang muda menegurnya..apela nasib..kita sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada semua..

Apa pendapat kawan2 pasal orang bercakap semasa azan berkumandang..agak "biadap" jugakla..bunyinya mungkin agak kasar tetapi itulah realiti..mahu atau tidak kita terpaksa menerimanya..saya ni bukannya ape kawan2, tapi cuba kita renungkan kalam azan tersebut..dimulakan dengan Allah Maha Besar..marilah menunaikan solat..marilah menuju kejayaan..tiada tuhan melainkan Allah...hari2 kita melakukan solat tetapi apakah solat itu sudah betul2 memberi kesan kepada jiwa kita..kalau belum sekalipun dan kita masih berusaha untuk memperbaikinya , bagi saya tidak mengapa..sekurang-kurangnya ada usaha untuk merasai solat yang khusyuk..kan?

begitula..apa yang saya ingin tekankan di sini tak kirala di mana kita berada..jika kita mendengar laungan azan..jangan sesekali kita buat perkara lain..cubala dengar dan hayati..mudah-mudah kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah..berusaha tunjukkan contoh yang terbaik bagi semua umat manusia..insya allah jika orang lain mencontohi kita, berganda-gandala pahala yang kita dapat..i/allah..

wabillahi taufik walhidayah..wassalamualaikum warahmatullah..

No comments: