Saturday, November 7, 2009

panas!!: bercakap di dalam surau??

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kaifa halukum?alhamdulillah ana fi sihhatin jayyidah aidhon..aiwah..memang jarang sekali menge post blog ni..tp xpe sekarang dah mula cuti sem 1..alhamdulillah terasa diberi nikmat kelapangan oleh Allah.

ada sesuatu yg ingin sy diskusikan bersama semua..tentang apa ye?tentang bulan ke?heheh..
sy ingin mengketengahkan soal adab di dalam surau.sebenarnya sudah agak lama sy perhatikan fenomena ini. terutamanya bercakap di dalam surau. sungguh tidak manis dipandang dan tidak enak didengar begitu juga hati ini sudah tidak dapat sabar menahan..

Baiklah kawan2 semua..Apakah perlu untuk kita berbicara di dalam surau..pada pandangan saya berbicara di dalam surau walaupun perlahan tetap akan mengganggu konsentrasi ibadah seseorang.kita semua tahu bukan mudah untuk kita didik hati kita supaya khusyuk sepanjang melakukan ibadah solat. Bukankah begitu?namun adakah terlalu sukar dan payah untuk menahan nafsu berbicara?

rakan2 semua..

Dalam sehari kita cuma difardhukan solat 5 kali sehari semalam..masa solat seseoarang kalau yg paling lama pun dalam 15 minit saja saya kira..paling cepat wallahualam..nah! dalam masa yg singkat inilah kita perlu fokuskan seluruh jasad kita di dalam solat..namun jika telinga kita menangkap bunyi2 yg lain..sudah tentu akan lenyap segala kekhusyukan solat kita..solat adalah tiang agama..tanpa tiang runtuhlah ia..terpaksa sy katakan di sini bahawa jika kita mengganggu solat seseorang bukankah sama dgn meruntuhkn agama kita sndiri?nauzubillah..ini adalah sesuatu yg tidak kita sedari sebenarnya..

Jika kita renungkan lagi..jika seseorag itu tidak dapat fokus di dalam solatnya,,adakah solat itu dapat mencegahnya daripada melakukan kemungkaran?..semoga Allah sentiasa melindungi saya dan rakan2 semua..

Oleh itu msj yg ingin saya sampaikan di sini adalah untuk memberi sekelumit nasihat dan iktibar. Ingat!! lepas ni cuba pergi ke surau tanpa bercakap.sudah ambil wudhuk terus je solat. barula rasa diri kita ni pergi ke surau untuk betul2 beribadat dan bukannya untuk bersembang..hormatilah rumah Allah yg penuh berkat.jika kita menghormati rumah Allah nescaya dalam masa yang sama kita juga menghormati orang2 lain yg sedang menunaikan ibadat.mudah mudahan kita semua mendapat ganjaran daripada Allah SWT.amiin..

No comments: