Tuesday, May 18, 2010

adik beradik..

Sukenye umi abi dtg sambil jalan2 di zoo negara..trima kasih umi abi..Dari kanan(Qisti,Wafi,Azim,Afifah,Ainun,Anis,umi dan abi)
Jalan2 cari makan..
Di rumah ayahngah..Adik Azim dan spupunye, Alia..
Sayalah Azim..!!




Subhanallah Alhamduliillah Lailahaillallah Allahuakbar..setangkai zikir dikumandangkan di pagi hari yg indah dan tenang ini..Sambil telinga menangkap bunyi riuhan kicauan anak anak burung yg turut berzikir memuji ilahi..

Alhamdulillah..seperti tajuk yg tertera, apa yang akan dibicarakan buat posting kali ini ialah adik beradik. Kuakui tajuk yang agak pelik sedikit tetapi itulah tajuknya..:)

Saya mempunyai 6 orang adik beradik. 3 muslimin dan 3 muslimat.Sekali pandang cukup lengkap.Alhamdulillah.Tahun 2010 ini memang tahun yang mencabar kerana pada tahun inilah 3 orang adik saya akan menduduki peperiksaan besar di sekolah mereka.Abdul Wafi akan menduduki SPM.Muhammad Qisti akan menduduki PMR manakala Ainun Izzati akan menduduki UPSR.Teruskan usaha adik adikku.

Seharian di rumah sambil menunggu keputusan final tamhidi, saya dapat melihat manis lucu gelagat adik adikku di rumah.Waktu pagi memang waktu yang kelam kabut nak pergi sekolah.Setiap kali kejutkan mereka, mesti mereka cari kesempatan untuk tidur balik.Kadang-kadang dimarahi oleh umi abi.ish2 kesian jugak tengok.Tapi tidak dinafikan mereka dah seharian suntuk bertungkus lumus di sekolah.Kepenatan biasanya terasa walaupun baru sahaja baru dari tidur..

Waktu petang semua adikku pulang dari sekolah.Adik2 lelaki ku, apabila masuk je dalam rumah terus lesap.Emm ke mana agaknya mereka pergi?? tup..tup.. dalam bilik rupanya.terbaring atas katil.Kesian.Tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pemimpin pelajar sememangnya amat memenatkan nampaknya..

Pukul 6 paling menyeronokkan kerana kami keluarga kami cukup lengkap semuanya.Abi pun dah balik dari kerja.adik2 ku sibuk membuat aktiviti masing2 di luar rumah.Saya melihat pokok2,abi menyiram pokok,ummi memasak di dapur,azim bermain basikal(bukan main laju lagi) Ainun dan Ifah pun turut bermain basikal bersama.

Adikku yang bongsu (abdul Azim) sememangnya sangat lucu sekali.Pandai betul dia nasihatkan kakak kakaknya yg sedang bermain basikal.."kakak, hati-hati!" dengan mimik muka yang penuh serius sekali.Apabila adik Azim masuk dalam rumah, dia terus ke dapur mancari uminya.."ummi,,azim dah balik..!!"..Ya Allah memang kelakar betul la..ULTRAMAN memang pujaan hatinya..sampai sy sendiri pun dah terhafal nama2 keluarga ultraman ni..DYA,DYNA,COSMOS,TARO,TIGA,MAX,NEXUS..aduh macam2 lagila..

huhu..rasanya cukupla setakat itu sahaja..ye..panjang sangat kalau nak cerita..Baiklah semoga pembaca terhibur..

No comments: