Sunday, May 23, 2010

la tahzan.....

La tahzan
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah.(Az-Zumar:53)


Seorang wanita berkata:”suamiku mati pada saat usiaku 30 tahun dan aku memiliki lima anak lelaki dan perempuan darinya.Dunia seolah gelap gelita di mataku dan aku menangis hingga hampir buta. Aku menyesali nasibku dan aku berputus asa, kecelaruan menyelemutiku aku dan kesedihan menghimpitku.Anak-anakku masih kecil dan kami tidak memiliki pendapatan yang mencukupi. Aku membelanjakan dgn sangat berhemat baki harta yang ditinggalkan oleh suamiku. Suatu hari aku masuk ke dalam bilik untuk mendengar al Quran dari radio. Tiba-tiba seorang sheikh dalam siarannya mengatakan bahawa rasulullah SAW telah bersabda:

“ Barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikan kelapangan dari setiap kesempitannya”

Setelah itu aku memperbanyak istighfar, demikian juga anak-anakku, aku memerintahkan mereka untuk melakukan perkara yang sama. Hasilnya tidak lebih dari 6 bulan kami mrndapat tawaran projek untuk barang yang kami miliki dengan keuntungan wang berjuta-juta.

Selanjutnya anakku yang pertama dapat masuk sekolah di daerah tempat kami berada. Dia berjaya menghafal Al Quran dan menjadi pusat perhatian dan simpati orang ramai.Kini rumah kami dipenuhi dengan kebaikan dan krhidupan kami menjadi sejahtera. Allah memperbaiki keadaan semua anak lelaki dan anak perempuanku.Kini lenyaplah semua kesusahan, kecemasan dan kesedihan yang sebelumnys begitu mencengkam diriku dan aku pun berubah menjadi wanita yang paling bahagia.

Pengajaran: Jika anda menyerah kepada keputusasaan, anda tidak akan dapat berbuat sesuatu pun dan tidak akan dapat meraih kebahagiaan.

2 comments:

ADIB said...

Assalamualaikum..bagus post nie.Sangat sesuai dengan keadaan saya sekarang yang sedang alami dugaan dari Tuhan.Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan termasuk dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat..aminn

asmaa' binti ahmad jafree said...

insya allah..setiap kesusahan ada kesenangan..kesenangan itu akan tiba..