Tuesday, July 27, 2010

SEDETIK BERSAMA..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Terasa begitu lama sekali tidak menge "post" blog sendiri.Sudah hampir sebulan ku meneruskan kehidupan sebagai penuntut ilmu di Pandan Indah dan di dalam bidang yang baru iaitu bidang pergigian. Namun ia sungguh menyeronokkan kerana dalam masa beberapa minggu di sini saya dapat belajar banyak pengalaman baru terutama dalam bidang kesenian dan kepimpinan.Alhamdulillah. Sebenarnya  terlalu banyak jika ingin dicoretkan dalam blog kesayangan ku ini. Tetapi apakan daya ku kerana aku perlu juga meluangkan masaku bersama buku2 kesayanganku seperti anatomy, biochemistry,oral biology dan macam-macam lagi.

Terasa begitu sedih jika tidak dapat memenuhi keinginan pembaca pembaca.Maaf dipohon seikhlas hati.Terlalu banyak yang ingin kukongsikan.terlalu banyak banyak pengalaman yang ingin dikongsi bersamamu.Terlalu banyak juga masa yang diperlukan untuk meluangkan masa bersama blog tercinta.

Insya allah saya akan cuba meluangkan sedikit sebanyak perkongsian hidupku bersama teman sepenulis.Apa yang penting yang ingi ku sampaikan sekarang ialah lambaian dan alunan
ramadhan hampir tiba..cubalah sedaya upaya untuk mempertingkatkan dan memperbaiki diri agar kita dapat terus menjadi hamba yang sentiasa dekat dan disayangi Allah SWT.Jadikanlah ramdahan kali ini ramadhan yang dapat membawa seribu erti buat diri anda bagi mencapai keredhaannya.Ku doakan agar teman seperjuangan ku sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT senantiasa.PEACE BE UPON YOU..MISS U ALL..

No comments: