Friday, September 3, 2010

Ayuh..keep up ourself!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alhamdulillah betapa nikmatnya pagi ini menghirup dan menghembus udara segar kurniaan Allah buat hamba-hambanya yang disayangi.Puji dan syukur hanyalah untuknya.Bersyukurlah dengan nikmat mata dan telinga yang membolehkan kita untuk  melihat keindahan alam  dan kicauan cicipan burung di udara yang tidak pernah lelah mencari sesuap rezeki untuk anak anaknya.subhanallah.

Jika dihitung kembali lambaian ramadhan kian terasa.Ramadhan 2010 bakal meninggalkan kita dan yang menjadi kepastian ia tidak akan berulang kembali.Insya Allah jika dikurniakan  oleh Allah umur yang panjang mungkin kita akan bertemu lagi ramadhan yang berikutnya.

Semakin dihitung amalan semakin rugi rasanya diri ini..Semakin dilakukan koreksi diri semakin jauh rasanya diri ni untuk mencapai martabat mukmin sejati.Tetapi percayalah bahawa koreksi diri itulah yang dapat menjadi titik tolak kepda kita untuk mempertingkatkan lagi amalan terutamanya di dalam bulan ramadhan yang mulia ini.Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah SWT yang sentiasa dekat dan hampir kepada kita pada setiap masa.Mungkin kita sahaja yang tidak menyedarinya.

Bagi yang mampu untuk membaca Al Quran teruskanlah usahamu untuk membaca sebanyak mungkin.Adalah lebih baik lagi jika dapat mengkhatamkan satu Al-Quran pada bulan ini.Insya Allah.Bagi yang tidak mampu kepada yang makzurah terutamanya suka untuk diingatkan bahawa jangan sekali kita biarkan diri  dan masa kita  berlalu tanpa berzikir kpd Allah.Sekurang-kurangnya isilah waktu-waktumu dengan mengingati Allah dan berselawat kepada nabi Muhammad SAW.Adalah menjadi suatu kerugian yang teramat jika kita membiarkan diri kita bercakap kosong dan hanyut dalam kelalaian dan kealpaan duniawi.

Duhai sahabat, suka untuk mengingatkan dirimu begitu juga dengan diriku supaya kita sentiasa mencuba untuk hidup dalam keadaan yang bahagia dan ketenangan.Siapa yang tidak mahu hidup dalam ketenangan?hatta orang yang banyak melakukan jenayah sekali pun memendam keinginan yang mendalam dalam diri mereka untuk hidup dalam ketenangan dan bukannya ketakutan.Namun,bagaimana itu semua dapat dicapai?..sudah tentu hidup yang berlandaskan syariat Allah..Cubalah utnuk mengingati Allah setiap saat.Memang tidak dinafikan hidup kita banyak perkara yang dapat melupakan kita kepada sang pencipta yang Maha Agung.Allah SWT.Malah diriku sendiri juga begitu.Adakalanya pengaruh orang sekeliling seperti sahabat dan juga masyarakat menjadi salah satu faktor jauhnya diri kita daripada Allah..

Akhir kalam bila lagi kita mahu memulakan langkah pertama untuk merasai kemanisan iman?..anak kuda,anak toman,tepuk dada ,tanyalah iman.. sekian renung2kan selamat beramal..:)














No comments: