Tuesday, September 7, 2010

MARI BERSYUKUR PADA-NYA....

Assalamualaikum warahmatullah..



Ramadhan kareem..ramadhan kareem buat semua muslimin muslimat 2010..Semakin hari semakin terasa lambaian ramadhan..semakin ingin meninggalkan kita.Ucapkanlah pujian syukur pada Allah SWT kerana mengizinkan kita merasai  keindahan ramadhan 2010 dengan jayanya i/allah..

Bersyukur adalah sangat penting dalam hidup kita. Tanpa sifat syukur kita tidak akan merasa cukup dengan apa yang ada walaupun kita memiliki segunung emas. Luangkanlah masamu mengucapkan "Alhadulillah" sebanyak-banyaknya..mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba-hambanya yang bersyukur..mudah-mudahan juga rezeki kita bertambah disebabkan sifat terpuji kita itu..Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran..

Ingatlah wahai sahabat bahawa lapar dan dahagamu bukannya suatu yang sia-sia di sisi Allah..hanya Allah yang akan membalasnya..kerjakanlah saki baki puasamu dengan seikhlas mungkin.Ingatlah..tiada suatu amalan pun yang akan terlepas pandang dari pemerhatian Allah..Kelak engkau akan melihat sendiri hasil usahamu di dunia fana ini..Mudah-mudahan Allah menerima amalanku dan amalanmu..

Ingatlah duhai sahabat..Jagalah setiap lisan dan perkataanmu setiap masa.Jangan sesekali membiarkan lidah kita mengatakan keburukan seseorang.Adakah kita suka dan mahu sekiranya orang lain mengatakan tentang keaiban dan keburukan kita?sudah tentu tidak bukan..Berfikirlah berkali-kali sebelum berbicara tentang seseorang tidak kira sama ada kita mengenalinya atau tidak.

Akhir kalam sambutlah hari Raya Aidilfiti dengan penuh rasa syukur dan rendah diri kepadanya..Tanamkan azam dan tekad yang baru dalam diri anda untuk menjadi seseorang yang kebih berkualiti pada masa akan datang insya Allah..





























No comments: