Thursday, December 30, 2010

pabila nafsu menjadi raja..

Assalamualaikum war...

selamat datang kepada sahabat2 yang baru datang atau yg berapa kali datang dan menziarahi teratak awqafa kali ni..Alhamdulillah semoga ada sesuatu yg boleh saya kongsikan untuk sahabat2 dan teman2 seperjuangn semua..insya allah..

hemm..antara hobi saya ialah membaca..dan..sudah tentu membeli buku pun ape kurangnye..aish kalu tengok je ada kedai buku memang kedai tu jela yang saya nampak..saya suka baca macam2 jenis buku terutamanya buku2 yang berkaitan dengan motivasi,novel pembangun jiwa islam (taufiqurrahman el azizy),komik english,buku2 fikrah(karya hassan al banna,al maududi,qardhawi)..emm oleh sebab banyak sangat yg suka ,jadi kadang2 x habis yg satu ni dah nak baca yg lain..ish2..jgn tiru aksi ini..=)

sebenarnya baru2 ni saya ada membeli sebuah buku ni yg bertajuk "Kerana-Mu aku berubah" karya Ruhana Zaki..sekali imbas je dah tau buku ni best..saya nak ambil satu tajuk dan kongsi..






PABILA NAFSU MENJADI RAJA:

Pernah terfikir, mengapa cinta pada usia remaja amat indah dirasakan?

Duhai para gadis..tika anda berasa perasaan dilamun khayalan itu, nafsu mula bermaharajalela. Syaitan pula bertepuk tangan. Syaitan menjerat anda dengan tali kesesatannya dan terus memujuk rayu perasaan anda, hingga anda menjadi mabuk dan hilang kawalan. Teman lelaki yang anda sangka kekasih sejati itu adalah syaitan berwajah manusia yang mula mengikut kehendak nafsu kelelakiannya yang memandang perempuan dengan SATU hajat. Jika nama makhluk itu "lelaki" yang tidak diikat dengan akad nikah dengan anda, tidak kira usianya muda tua, percayalah..hajatnya SATU sahaja. Apabila hajatnya dipenuhi, belum tentu anda akan dibelai lagi seperti selalu. Belum tentu juga dia akn melayan anda dengan baik seperti sebelumnya.

Anda ingat teman anda tu suka sangat membelai dan memuji dan menyanjung anda tanpa sebab?Duhai gadis ..segeralah ingat bahawa di kiri dan kanan ada malaikat yang menjaga kita setiap saat. tidak pernah lalai mencatat amalan sejak kita dilahirkan.Pada diri kita   ada pandangan allah yang maha melihat dan maha menghitung perbuatan manusia. Malaikat di kiri kanan  anda itu amat malu hendak melihat perlakuan jelik anda dengan si dia. Raqib di sebelah kanan menggeleng2 kerana tidak dapat mencatat kebaikan manakala Atid di sebelah kiri pula tidak sanggup mencatat kejahatan yang sedang anda buat ini.

Cinta muda mudi yang anda sedang lalui ini tiada matlamatnya. Yang ada hanyalah keseronokan dan panahan syaitan. Tolonglah! Tolonglah usah izinkan syaitan bertepuk tangan dan bersorak kemenangan. Jika anda layu di hujung rayuan si dia, maka syaitan akam berpesta kerana seorang lagi anak adam berjaya ditawan dan dijadikan rimbunan kayu api neraka kelak.

Namun, jika anda dapat tersedar daripada perbuatan keji itu, beristighfar, memohon ampun dan menyesal, maka syaitan akan meratap kerana sudah kalah di tangan manusia yang dijadikan allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dan inilah pilihan yang betul!



Saat kugapai kasih-Mu
Barulah kutahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku tersasar dari jalanmu
Dan kini..dalam sujud aku menyerah
Taubatku hanya untuk-Mu, ya Allah..

p/s:kalau ada kemampuan luangkanlah masa dan wang untuk memilikinya..=)


















No comments: