Wednesday, January 12, 2011

DUA NIKMAT ITU...

*Assalamualaikum wr..*

"Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia: masa lapang dan kesihatan"

Ye tepat sekali sahabat2.Memang inilah nikmat ketara yang paling berharga tapi sering dipandang enteng oleh setiap orang.Masa yang lapang dan kesihatan yang baik ini hanya akan kita sedari apabila kita kehilangannya bukan?..Begitulah juga dengan saya..


Ayuh sahabat2 kita renung sejenak.Pada waktu kita sihat segar bugar, adakah kita ingat sentiasa kepada Allah?(subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar) selawat kepada rasullullah?..(allahummasolli'ala muhammad) Atau adakah pada waktu sihat itu kita isikan ia dengan pelbagai aktiviti yang memudaratkan dan mendatangkan kemungkaran Allah? sebagai contoh termudahnya ialah adakah pada waktu sihat itu kita luangkan masa kita bersama kekasih,berdua-duaan di celah2 taman yang indah dengan kicauan burung atau mengambil peluang untu meniru rakan2 sewaktu peperiksaan?


Ayuh tanya diri kita sahabat2 selama kita menunaikan solat lima kali sehari semalam dalam hidup kita, solat kita yang manakah sangat2 mendatangkan kesan dalam jiwa kita,membuatkan kita rasa dekat dengan Sang Khaliq?..atau pernahkah kita terdetik untuk membantu rakan2 di kala mereka dalam kesusahan? atau kita sendiri yang menyusahkannya?..sahabat2 yang dirahmati allah..tanyalah persoalan persoalan ini jauh ke lubuk hati sahabat2..semoga sahabat2 menemukan jawapannya. dan..bukan sekadar jawapan yang ditinggalkan tidak berkesudahan tapi jawapan sahabat2 yang disusuli dengan inisiatif untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik supaya setiap dari jiwa kita ini dapat merasakan kenikmatan hidup yang sebenar..halawatul iman..


~KALIMAH TOYYIBAH SODAKOH~



No comments: