Sunday, February 27, 2011

jom kenal nabi kita!





Melalui catatan sejarah, kita sedia maklum bahawa sebelum kedatangan syiar Islam, masyarakat pada masa itu hidup dalam kejahilan dan kegelapan. Kehidupan yang dikuasai oleh hawa nafsu menyebabkan kemungkaran, kezaliman dan kemaksiatan  yang berleluasa. Orang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah dan undang-undang pula hanya mengikut hawa nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga manusia bercelaru dan hilang pedoman.
                Dalam keadaan hidup yang penuh kejahilan itu, Rasulullah s.a.w telah diutus oleh Allah s.w.t untuk membawa ajaran agama Islam yang benar. Rasulullah s.a.w adalah manusia pilihan yang diutus oleh Allah s.w.t  bukan setakat untuk membawa dan memimpin kaumnya iaitu kaum Quraisy ke jalan yang lurus dan diredhai Allah, bahkan untuk seluruh umat manusia yang membawa rahmat kepada sekalian alam.
                Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, marilah kita sama-sama menghayati dam mencontohi ketabahan serta kesabaran baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam di seluruh pelusuk dunia.
                Sesungguhnya perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam telah menempuh banyak cabaran dan dugaan antaranya penghinaan, ejekan, cemuhan, bantahan, penyiksaan, penindasan, kezaliman, dan sebagainya. Namun, baginda tetap sabar menghadapinya walaupun setelah berbelas tahun lamanya. Baginda tidak pernah jemu dalam menyebarkan agama Islam jauh sekali untuk berputus asa. Bukan itu sahaja, bahkan apa yang menimpa diri baginda turut dirasai oleh para sahabat dan pengikut baginda.
Sesungguhnya kecintaan, kepercayaan, pembelaan,dan kesetiaan para sahabat dan pengikut baginda amat mengkagumkan kita. Semua itu adalah kerana mereka sangat sayang dan kasih kepada Rasulullah s.a.w sehingga sanggup berkorban nyawa dan harta pada jalan Allah. Oleh itu, sudah sepatutnya kita turut mencontahi kecintaan dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi sebagaimana yang ditunjukkan oleh para sahabat. Mengasihani baginda bukan sekadar ucapan di mulut sahaja tetapi buktikan ia dengan mentaati ajaran yang dibawa oleh baginda, berselawat ke atas dirinya serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta memeliharanya dari sebarang cubaan atau ancaman yang hendak melemahkan kesatuan dan akidah umat Islam. 

KEPERIBADIAN RASULULLAH
          Allah Ta'ala berfirman: "Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan mereka Al Kitab dan Al Hikmah dan sebelum itu, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata." (QS. Ali Imran:164) 2. Allah Ta'ala berfirman: "Katakanlah: "Sesungguhnya saya ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahwa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Esa." (QS. Al Kahfi:11) 3.
 Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang puasa pada hari Senin. Beliau menjawab: "Pada hari itulah aku di lahirkan, lalu diangkat menjadi Rasul dan diturunkan Al-Qur'an kepadaku." (HR.Muslim). Rasullauh Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dilahirkan pada hari Isnin bulan Rabi'ul Awal di Makkah Al Mukarramah tahun Al Fiil (571 M), berasal dari kedua orang tua yang sudah ma'ruf. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Muthallib dan ibunya bernama Aminah binti Wahab.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama’ Yahudi yang pertama kalinya bersua muka dengan  Baginda lantas melafazkan keislamannya dan mengaku akan kebenaran yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata yang dituturkan oleh para sahabat ialah :
*       Aku belum pernah melihat lelaki sekacak Rasulullah s.a.w
*       Aku melihat cahaya dari lidahnya
*       Seandainya kamu melihat baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit
*       Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
*       Rasulullah umpama matahari yang bersinar
*       Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama
*       Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
*       Hidungnya agak mancung,bercahaya penuh misteri, kelihatan sangat luas pertama kali melihatnya
*       Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orag ramai baginda kelihatan lebih tinggi dari mereka
WASIAT RASULULLAH S.A.W.
 Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia untuk mengingatkan kita. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?”tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maafkanlah aku, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang mebalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?.” “Tak tahulah ayahku, orang itu sepertinya baru pertama kali aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malaikatul Maut,” kata Rasulullah s.a.w, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
                Malaikat Maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di langit duniamenyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?” Tanya Rasulullah denagn suarra yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para Malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
                “Engkau tidak senang mendengar khhabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasul Allah, aku pernah Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja, kecuali Umat Muhammad telah berada didalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakkan tugas. Perlahan-lahan Roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.”
                Perlahan-lahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya tertunduk semakin dalam dan Jibril emalinhkan mukanya. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direntap ajalnya,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengeerang kesakitan, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya rasa maut ini, timpakan sahaja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan ingin membisikkan sesuatu, Ali segeramendekatkan telinganya. “Uusikum bis-salaati wamaa malakat aimaanukum – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu.” Di luar pintu, tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummati, Ummati, Ummatiiii!!!”- “Umatku, umatku, umatku” dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberikan sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


MENGHAYATI SUNNAH RASULULLAH S.A.W
Oleh itu, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk menunjukkan rasa cinta dan kasihnya kita pada Rasulullah s.a.w.? inilah pentingnya kita sebagai umat Islam amnya dan sebagai mahasiswa Islam khasnya untuk menghayati dan mengamalkan segala sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita semua. Antara 7 sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk diamalkan ialah :
*       Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
*       Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
*       Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
*       Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
*       Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
*       Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
*       Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Cantikkan sunnah Rasulullah. Semuanya membuktikan bahawa Allah ini Maha Pemuran dan Pengasih sifatnya serta membuktikan bahawa Islam ialah suatu agama yang syumul dan sangat indah.

No comments: