Sunday, March 27, 2011

iluv u, u luv me

" boleh jadi kamu membenci sesutau padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
( al baqarah: 216)




syukur, segala puji bagi allah yang telah mengizinkan jari jemariku untuk menekan pepapan keyboard ini..alhamdulillah..tiada daya kekuasaan melainkan kekuasaannya.


apa kaitan dengan tajuk diatas ye?em? kita biasa mendengar dan tahu para remaja yang terjebak dengan 'cinta'.bagaimana pula dengan kanak2 yang masih di peringkat sekolah rendah yangsudah mula berjinak2 dengan cinta ?


sebenarnya inilah fenomena  yang berlaku pada hari ini.disebabkan terlalu banyak hiburan di sekeliling kehidupan kita sehingga kanak2 kecil yang masih tidak mengerti apa2 tentang cinta mula untuk meniru dan menjadikan remaja2 pada hari ini sebagai role model terbaik. Bagi mereka mengamalkan tingkah laku, akhlak, gaya pemakaian, cara pertuturan kebanyakan remaja yang dapat kita lihat hari ini menjadikan diri mereka merasakan bahawa itulah yang sepatutnya dicontohi malah ia juga bukanlah merupakan satu kesalahan pun. astaghfirullah..


tidakkah kita merasa kasihan pada kanak2 ini?? mereka yang sepatutnya dididik dan diasuh menjadi insan yang berakhlak, menghormati ibu bapa, mengaji al quran menjadi sebaliknya. adakah kita sebagai ibu bapa , kakak,, abang dan sanak saudara merasa bahagia melihat keadaan mereka yang sedemikian?..meluangkan masa bersama rakan2 lelaki dan perempuan dalam keadaan ikhtilatnya tidak terjaga, berpegangan tangan, mengenakan pakaian yang menjolok mata yang mana ia tidak ubah seperti pemakaian kanak2 di dunia barat..adakah erti kemajuan dan kebebasan itu dengan mendedahkan diri terbuka aurat di sana sini, melawan dan menentang kata2 ibu bapa..sekalii lagi saya ingin tujukan soalan..adakah ini yang dipanggil kemajuan dan kebebasan?? adakah kanak2 yang diasuh membaca kalam Allah (al quran) dan mengenal penciptanya itu dipanggil kemunduran?tidak mengikut peredaran zaman? ibu bapa mana yang tidak mengiginkan anak yang soleh dan solehah? yang mana anak2 soleh mereka inilah yang akan mendokan kesejateraan ibu bapanya di alam sana.anak2 yang soleh inilah yang akan menjadi pemimpin negara dan sedar bahawa diri mereka adalah khalifah allah yang dilahirkan ke dunia untuk menyebarkan agama Allah ke seluruh alam..


duhai ibu bapa, teman, kakak, abang dan adik2 .diri kitalah yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri..carilah dan berusahalah untuk mencapai kebahagiaan hidup dengan mengenal tuhanmu..mengenal allah yang telah menciptakan dirimu..Allah tidak memerlukanmu tetapi dirimulah yang memerlukan Allah..dari Allah kita datang dan kepadanya jua kita akan kembalik kelak..



SUBHANALLAH..

No comments: