Tuesday, March 15, 2011

PENANGAN DOSA...






apa yang anda rasa apabila mendengar atau membaca perkataan DOSA?..takut? gementar? tiada perasaan?
sebelum melanjutkan penulisan mari sama2 kita beristighfar memohon keampunannya..astagfirullahal azim..astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim..

alhamdulillah dah selesai beristighfar..dah suci kah diri kita dengan dosa? TIDAK..itulah jawapannya walau berapa kali pun anda beristighfar namun tidak semudah itu untuk menghapuskan segala dosa yang dilakukan..oleh itu tersangatlah penting untuk kita tidak memandang enteng terhadap apa yang dipanggil DOSA itu..

istighfar adalah salah satu cara untuk kita mohon ampun kepada allah atas kesilapan kita yang lalu..sepanjang 24 jam kita diberi peluang hidup untuk hari ini, sudah berapa banyak dosakah yang kita sumbangkan untuk hari akhirat?..tak terkira..tak percaya?..jom kita hitung dosa2 kita..


 waktu pagi


-bangun tidur tak ucapkan syukur
-pakai baju yang tak meutup aurat
-keluarkan kata2 yang mengguris hati kawan
- tak siap keje sekolah/rumah
-x beradab dengan guru
-mengata guru
-bersangka buruk terhadap kawan dan guru
-bercakap perkara yang menjauhkan diri kita pada allah
-meniru kawan dalam exam
-guna pen kawan tanpa pengetahuan
-..........................

zohor

- solat lewat2
-solat dalam keadaan lalai
-niat yang lain semasa solat
-ada rasa ujub dan riak dan takabbur dengan ibadah


petang

-tengok perkara maksiat dalam TV
-mengata pak cik,makcik,driver bas..
- solat asar dalam keadaan lalai
-......................

malam

-habiskan masa depan laptop tanpa tujuan
-sambung gosip terbaru ngan kawan
-solat maghrib dan isyak dalam keadaan lalai
-.............


allahuakbar..sangat banyak perkara yang tidak mampu untuk disenaraikan di sini..astaghfirullah..betapa banyaknya timbunan dosa yang kita kumpul sehari2..ya allah terampunkah diri hamba hambamu ini?..
sahabat2..guna la masa hidup ni untuk diisi dengan perkara yang tak akan membuatkan kita menyesal di kemudian hari..sungguh rugi bagi mereka yang terus dalam maksiat dan kelalaian..

sungguh benar firman allah dalam surah al asr: "demi masa, sesungguhnya manusia itu benar2 di dalam kerugian kecuali orang2 yang berpesan2 dengan kebenaran dan mereka yang berpesan2 dengan kesabaran"..wallahualam... 
p/s: jom banyakkan selawat dan istighfar..




























-





























2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikumm..ana mohon diberikan keizinan utk ana share yg ni kat fb ya..^_^ syukran

~Khaidir~ said...

Astaghfirullah... Banyaknye dosa yg kita sume buat tiap2 hari sehinggakan kita x sedar kerana sudah sebati dlm diri kita....