Friday, May 27, 2011

anak ibu....



Suatu hari  di sebuah rumah banglo setingkat yang sederhana besarnya telah berlaku satu dialog antara seorang anak dan ibunya..


ibu: ika..mari tolong ibu jagakan adik sekejap. ibu nak pergi sidai pakaian ni.


anak: alaa ibu..ika nak siapkan kerja sekolah ni. esok ada ujian akhir tahun.ibu biar jela adik kat situ.


ibu: ibu faham tapi ibu minta tolong sekejap je. nanti habis kerja ibu kat luar ika sambung belajar ye. ibu tahu anak ibu ni rajin.


anak: alaa ibu ni selalu macam tu. masa ika sibukla ibu minta jaga adikla itula..inila..(sambil menjeling kepada ibunya)

ibu: (terasa pilu dan sedih mendengar kata-kata seorang anak terhadap ibunya sebegitu rupa.)


Di sekolah setelah habis 3 hari peperiksaan akhir tahun.berlaku lagi dialog antara ika dan kawan-kawannya di bilik darjah.


salma: yeay! alhamdulillah akhirnya apa yang saya ulangkaji sebeum ni tak sia-sia.syok betul jawab soalan tadi.oh.. ilya macam mana? boleh jawab tak?


ilya: oh..sudah tentu..walaupun saya tak sempat nak mengulangkaji semua soalan-soalan peperiksaan sebelum ni tapi alhamdulillah semua soalan yang saya ulangkaji  lebih kurang sama je. em..mana kawan kita yang pandai tu??..ika.



salma: a'a ye tak ye jugak. biasanya diala yang paling gembira sekali bila peperiksaan dah berakhir.(sambil memandang ke arah hujung penjuru kelas di tempat duduk paling belakang sekali kelihatan susuk tubuh seorang pelajar menutupkan wajahnya dengan kedua tangannya)


ilya: eh salma awak nampak jugak apa yang saya nampak?bukankah itu ika? kenapa dia kelihatan seperti sedang menangis?


kedua pelajar tersebut mendekati ika yang sedang menangis teresak-esak.apakah puncanya??


salma: ika..kenapa awak menangis ni? awak sakit ke?

ika: saya...saya..tak dapat jawab soalan tadi..(air matanya mengalir deras sambil diselangi esakan yang tak terhingga). tolongla saya. saya tak tahu kenapa boleh jadi macam ni...


salma: eh betul ke ika? bukankah sebelum ni semua jenis soalan awak boleh jawab dengan mudahnya?


ika: tapi bukan untuk kali ni..(sambil mengesat air matanya)..padahal semua soalan tu saya dah ulangkaji semalam.tapi saya tak tahu kenapa semua soalan yang sama tu langsung saya tak dapat jawab..(esakan semakin menjadi-jadi)


salma: masya allah..sampai macam tu sekali??ika..ada awak buat apa-apa yang salah  ke sebelum ni?.


ika: (terdiam sebentar)..ibu..saya ada meninggi suara dengan ibu saya 3 hari lepas kerana ibu menyuruh saya menjaga adik sedangkan saya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran waktu itu.


salma: astaghfirullah..patutla...ika..seorang anak tak sepatutnya meninggi suara terhadap ibu bapanya. derhaka namanya. redha allah itu pada redha kedua ibu bapa. mungkin itula yang membuat awak tak dapat menjawab soalan tadi dengan baik..astaghfirullah..


ilya: iye tu ika..awak mungkin telah melukakan hati ibu awak waktu itu..lagipun ibu awak minta pertolongan awak sebab tiada siapa pun di rumah pada waktu itu untuk menjaga adik awak. saya rasa awak perlu minta maaf pada ibu awak sebaik awak pulang nanti. Allah itu maha pengampun ika...


Di hadapan rumah ika..ika berdiri di hadapan pintu utama rumahnya sambil memberi salam.


ika: assalamualaikum...

tiba-tiba pintu rumahnya dibuka seorang wanita dewasa. wanita tersebut memberikan senyuman manis kepadanya.

ika: ibu.....(air matanya bergenang di kelopak matanya)...ibu...ika minta maaf bu..(ika terus memeluk ibunya)


pengajaran:
1) jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
2) berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih hidup
3) sentiasa muhasabah diri terhadap kesalahan yang dilakukan.
4) banyakkan istighfar kerana istighfar itu penghapus dosa.

No comments: