Saturday, May 28, 2011

ayat-ayat cinta


Tersebut kisah seorang gadis yang sedang membelek-belek sebuah naskhah al quran rasm uthmani kecil berkulit merah. usai melaksanakan solat zohor dibeleknya lagi helaian-helaian al quran dengan berhati-hati. terasa begitu cinta dengan "ayat-ayat cinta" dari Yang Maha Mengasihani itu.

 Dibacanya setiap perkataan berdasarkan tajwid yang telah difahaminya. begitu tenang dan damai sekali jiwanya. subhanallah.sungguh ini mukjizat agung darimu.penawar bagi yang berada dalam keadaan keluh kesah, penghibur bagi yang sedang dalam kedukaan dan penenang bagi yang menghadapi kekusutan dalam hidupnya.

khusyuk menghayati ayat-ayat Allah, tiba-tiba matanya terpaut pada satu ayat yang sungguh menyentuh dasar lubuk hatinya..

"wahai orang-orang beriman! masuklah ke dalam islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah2 setan. sungguh ia musuh yang nyata bagimu"..al baqarah:208

Subhanallah..terasa seperti sering benar dia mendengar kalam ini namun kali ini sangat mencuit hati kecilnya. "adakah aku sudah mengamalkan ajaran islam sepenuhnya dalam hidupku?"..bisik hati kecilnya...(to be continued..)

No comments: