Sunday, May 1, 2011

CERPEN.....PELANGI HIDUP..BHG 1



Subhanallah ...pagi yang indah..terdengar kicauan nyaring si anak burung yang sedang mendambakan suapan dari si ibu..terasa dingin udara pagi menyapa wajah dan kulitku..ku mendongakkan wajah bujurku ke ruang jendela menyaksikan kehijauan panorama pagi yang ceria..."alhamdulillahillazi ahyana ba'da ma amatana wa ilaihinnusyuur.."...lidahku mengucapkan syukur tidak terhingga atas nikmat islam dan iman yang masih terasa meresap ke dalam jiwa..syukur kerana diri ini masih diberi peluang untuk menghirup dan menghembus udara pagi yang menyegarkan..

"tok..tok..tok.."..pintu kamarku diketuk perlahan.."kaklong dah bangun belum?..bangun cepat ye. kalau tak nanti tertinggal van. " .."ye ummi..kaklong dah bangun ni" balasku sambil bergegas mencapai tuala mandi yang tergantung di belakang pintu kamar.

DI DALAM KELAS

Setibanya di kelas aku terus menuju ke tempat dudukku yang terletak di barisan paling hadapan bersebelahan  rufaidah dan maryam.  "Assalamualaikum..wah awal asmaa' datang hari ni. bersemangat betul nampaknya.Dah buat azam baru ke?" persoalan Rufaidah menyebabkan aku berpaling ke arahnya. berbekalkan wajah yang ceria dan penuh keyakinan aku membalas " alhamdulillah..bukankah awak selalu cakap yang kita perlu sentiasa memperbaharui niat dan azam kita dari semasa ke semasa.." rufaidah yang berkaca mata hanya tersenyum simpul memandangku.

selepas itu?....nantikan sambungannya..insya allah..











2 comments:

hanimyusra said...

waahh...
versi baru nih!!
tahniah asmaa'!!
keep writing...
t leyh wat novel..
huu

asmaa' binti ahmad jafree said...

hee atin??..blink2..suke2 je ni..hu2
thanks 4 the support..=)