Wednesday, May 18, 2011

hiba makcik penjual..

Di sebuah kedai menjual nasi lemak di tepi jalan. kelihatan dari jauh keluarlah dua orang gadis berbaju kurung manis bergaya.pipinya yang dialis tampak kemerahan. mereka berdua terus menuju ke gerai tersebut.

gadis a: assalamualaikum makcik... makcik jual apa ye hari ni?

makcik: waalaikumussalam nak. hari ni ada nasi lemak dengan  mi goreng kasar saja. nak boleh pilih kalau nak nasi lemak dengan telur mata atau telur rebus ni.

gadis b: (berubah air muka) ha? sikit sangat makanan. dua itu aja? nasi lemak dengan mi goreng. ish mari kita pergi beli kat tempat lain la.( sambil mencuit gadis a)

gadis a: eh awak ni kenapa cakap macam tu? kalau ye pun janganla cakap kuat-kuat. kalau makcik tu dengar tak ke kecil hati dia?

makcik: (pura2 tidak mendengar) takpela nak makcik jual murah saja untuk nak berdua. lagipun salah makcik juga sebab tak sempat nak siapkan pelbagai jenis makanan hari ni. kesian nak berdua pasti lapar petang2 macam ni.


gadis b: (mencelah sambil menjeling)..ala takpela makcik.lain kali kalau nak jual sikit2 macam ni baik tak payah jual..

gadis a: astaghfirullah..awak bercakap dengan orang tua macam tu?..(memandang makcik)..emm makcik..kalau macam tu saya nak beli la nasi lemak dua bungkus. nampak macam sedap. mana tau saya boleh beli lagi lain kali.

makcik: (wajah gembira dan bersyukur)..alhamdulillah..baik nak..makcik bagi percuma satu bungkus lagi ni..(sambil memasukkan 3 bungkus nasi lemak ke dalam beg plastik dan menghulurkan pada gadis a dengan senyuman manis.


pengajaran:-
1) jangan meninggi suara apabila bercakap dengan orang yang lebih tua.
2) semaikan sikap berbudi bahasa.
3)berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata dikhuatiri menyinggung perasaan orang lain.
4)perbanyakkan istighfar kerana istighfar itu penghapus dosa.

No comments: