Sunday, May 1, 2011

PELANGI HIDUP..... BHG 2




Usai membaca doa pagi aku dan teman teman sekelas segera  meluncur ke tempat duduk masing-masing. Pelajar lelaki seramai 4 orang mengisi ruang di bahagian paling hadapan di kanan kelas. itulah kali pertama aku ditempatkan di dalam kelas yang mempunyai hanya 4 orang pelajar lelaki. Muslim yang berkulit agak cerah dan berkaca mata mengambil tempatnya bersebelahan dengan shahid. shahid yang berasal dari negeri cik siti wan kembang itu merupakan pelajar lelaki yang paling tinggi dalam kelas kami.


Seorang pelajar lelaki lain yang agak kurus dan memiliki ketinggian yang sederhana duduk bersebelahan shahid. kami mengenali beliau sebagai Redzuan. Perwatakannya yang agak "nakal" dan "mudah mesra" dengan semua rakan sekelasnya menyebabkan kami senang memanggilnya Rezu. "buat apa panggil nama panjang-panjang, pangil rezu je cukup,jimat air liur"..begitulah kata-katanya yang pernah diungkapkan sewaktu sesi taaruf beberapa minggu yang lalu.

Suasana pembelajaran diteruskan seperti biasa. Sekolah menengah Kebangsaan Agama Kota Kenanga menjadi pilihan kami untuk menimba ilmu sebelum meninggalkan alam persekolahan pada tahun hadapan.

"Akmal, tolong hantarkan buku kehadiran ini ke pejabat ye. terima kasih" pinta cg adiba kepada Akmal, satu satunya ketua kelas kami yang baru dilantik. Cg adiba merupakan guru kelas kami. Akmal yang agak pendiam dan berkulit sawo matang itu dilihat mampu memberikan komitmen yang baik bagi menggalas tugasnya. 

Semasa waktu rehat, mataku menangkap kelibat seorang pelajar perempuan bertudung putih, berkain biru di penjuru kelas yang sedang menundukkan wajahnya sambil kedua tangannya memegang kepalanya. lagaknya seperti dia sedang berada dalam kesakitan yang amat. Aku melajukan langkahku menujunya......

*nantikan sambungannya akan datang... =)







No comments: