Saturday, June 25, 2011

ketenangan..

Tenang melalui hidup sehari hari daniel merasakan masanya terus berlalu dan berlalu. awan yg putih akan bertukar hitam dan berterusan senantiada seperti biasa. "apa lagi aku nak buat eh? takkan hari2 bende yang sama je buat,bangun, makan, laptop..laptop...bangun, makan , laptop, laptop..emm kalau macam nila gayanya takde maknala aku cuti lama lama. aku kena cari aktiviti lain ni."..begitulah monolog daniel sehari-hari..hidupnya dirasakan sama setiap hari.tiada perkara baru untuk dipelajari.tiada cabaran untuk diatasi.

tiba-tiba hatinya terdetik untuk mengisi setiap waktu senggangnya dengan perkara yg boleh mendatangkan manfaat walaupun sedikit. mulai hari itu, masa lapangnya diisi dengan alunan zikir. subhanallah...alhamdulillah ...allahuakbar..diulang dan diulangnya lagi berkali- kali..pertama kalinya dirasakan agak membosankan kerana hanya perkataan yg sama diulang. namun daniel tidak berputus asa kerana dia yakin dengan firman allah di dalam all quran

"bukankah hanya dengan mengingati allah hati akan menjadi tenang"...surah ar ra'du: 28.

dia juga teringat akan kata sahabat akrabnya,razif  suatu masa dahulu .." daniel, awak tau tak tidak ada satu pun yang disesali oleh hamba2 allah yang berada di syurga apabila mereka tidak mengisi hidup mereka dengan zikir kepada allah..cuba kita tengok org2 soleh..kenapa mereka selalu nampak tenang? awak tahu kenapa? sebab...mereka ni takkan membuang masa bercakap perkara yang tidak berfaedah..mereka akan sentiasa cuba untuk memperbanyakkan zikir dan selawat sebanyak banyaknya..natijahnya, bukan sahaja jiwa mereka tenang tetapi juga wajah mereka kelihatan jernih sekali...tak payah pakai bedak banyak2 macam org sekarang ..mekap sana mekap sini.....wajah mereka menjadi  jernih dengan air wudhuk..."

kata2 sahabatnya itu sentiasa terngiang-ngiang di telinganya ...dijadikannya amalan apa yang telah diperkatakan oleh sahabatnya itu..alhamdulillah..hdupnya kini tenang. dia percaya dia  perlu sentiasa mengharapkan panduan dan pertolongan daripada allah supaya dapat sentiasa mengekalkan nikmat iman dan islam agar dirinya sentiasa berada dalam keredhaan allah.

oleh itu, marilah kita sama2 mencontohi daniel ini.insya allah amalan berzikir yang berterusan dan istiqamah akan memudahkan kita menjalani hidup ini walaupun pada zahirnya kita ditimpa pelbagai musibah, namun allah akan memberi kekuatan kepada kita serta dimurahkan rezeki sentiasa...insyaallah...:)

No comments: