Thursday, June 16, 2011

punuk unta??


Persoalan pertama yg muncul di benakku..apa itu ponok unta? apakah ianya memang betul2 unta atau sekadar istilah...emm semacam pernah didengari kata2 ini..Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)"                "..ya itulah sabda nabi junjungan muhammad SAW..hadis ini rupa2 nya baru terbukti pada zaman kita!

sahabat sahabati yg diredhai allah SWT..tidakkah kita peka dengan keadaan semasa di sekeliling kita? tidakkah kita perasan bahawa sudah ada satu trend pemakaian pada zaman sekarang yang melibatkan wanita..fesyen apakah itu?..PEMAKAIAN TUDUNG  yang seolah2 ponok unta di atas kepalanya..


sahabat sahabati yg dirahmati Allah..
takutlah kita akan azab allah yang tidak terkira peritnya..rasul allah sendiri yg mengatakan bahawa mana2 perempuan yang mempunyai mempunyai pemakaian seperti ponok unta itu tidak akan mencium bau syurga sedangkan syurga itu sudah dapat dihidu oleh hamba2 allah walaupun  jarak kita antara syurga adalah selama beribu tahun..astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..


namun begitu saya sungguh percaya dan yakin bahaawa ada lagi antara kaum wanita pada zaman sekarang yang tidak didedahkan dengan hadis ini sebelum ini..kepada yang sudah mengetahui hadis ini janganlah  sekali2 kita campakkan diri kita  ke dalam kebinasaan. tidakkah kita mempunyai impian untuk menghidu bau harumnya syurga allah kelak..


saya amat sedih sekali melhatkan gaya pemakaian wanita pada hari ini. wanita pada hari ini terlalu mementingkan fesyen yang pada pemikirannya adalah up-to-date tanpa mengira sama ada auratnya terdedah atau tidak..inilah yg dinamakan tabarruj..atau dengan kata lain berlebih lebihan dalam berhias..malah di pasaran dan kedai2 sekarang terjualnya sanggul buatan semata -mata untuk meninggikan kepala si pemakai kerana pada penilaiannya ia dapat menyerlahkan lagi keindahan si wanita..bukan!! bahkan ia lebih2 menarik perhatian orang yg memandangnya..sungguh tidak ada salahnya untuk kita sebagai wanita untuk  berhias. akan tetapi berhati hatilah..jangan sampai kita sendiri menjadi fitnah kepada org lain terutamanya kepada lelaki ajnabi/ bukan mahram seperti sabda rasul.."perkara yang paling aku takutkan pada akhir zaman nanti ialah fitnah kaum wanita.." (aw kama qaala..) berjaga2 lah wahai kaum wanita.anda adalah hamba  allah yg terpilih untuk menjadi wanita solehah penyeri jiwa sang suami..

pernah anda terdengar?..seorang wanita yg solehah itu adalah lebih baik dari 100 org ulama..dapatlah diambil pati dari kata2 ini bahawa betapa tingginya darjat seorang wanita solehah itu yg sentiasa memelihara dirinya dari menjadi fitnah dan sentiasa cuba untuk mendekatkan diri kepada  allah SWT.


sahabat sahabati, cuba kita renung sejenak hadis sebentar tadi.." ....yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)  jika syurganya pun kita tidak dapat menghidunya , inikan pula ingin memasuki syurganya yang luas nya seluas langit dan bumi..allahuakbar! nauzubillah..janganlah kita memandang enteng terhadap sabda nabi ini kerana segala yang diungkapkan oleh rasulullah itu semuanya datang dari allah jua..

oleh itu, marilah kita sama2 menyedarkan sahabat2 kita tidak kira abang , kakak, adik,ibu, maikan dan sebagainya untuk  kita sama 2 menyebarkan cahaya islam ke seluruh pelusuk alam. mudah mudahan dengan tersebarnya agama yang diiktiraf allah ini dapat mendatangkan rahmat buat seluruh alam....insya allah..

No comments: