Thursday, July 7, 2011

DUA NIKMAT ITU..


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH PENGASIH


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…mari kita sama2 memulakan pembacaan kita dengan tasbih  memuji allah yang telah mentakdirkan kita hidup pada hari ini dan dapat lagi membaca sesuatu demi menimba ilmu untuk dijadikan bekalan dunia akhirat. Alhamdulillah.


Sabda Rasulullah saw: “dua nikmatyang sering dilupakan oleh kita ialah nikmat masa lapang dan nikmat sihat.” Pada jangkaan saya tentu sudah berkali  kali kita mendengar hadis ini bukan?? Sudah melekat di kepala kita…


Ya..masa dan kesihatan.jika direnung sedalamnya rupanya ada kaitan yang intim antara keduanya.mari kita berfikir dengan teliti. Seseorang yang mempunyai badan dan fizikal yang sihat dapat menggunakan masanya untuk bekerja, mencari rezeki, menuntut ilmu dan sebagainya.sebaliknya, seseorang yang sakit pula tidak dapat menggunakan masanya untuk  melakukan apa2 yang disukai. MASA dan  KESIHATAN…dengan kesihatan yang baik kita dapat memanfaatkan masa sebaiknya. Dan dengan masa yang digunakan sebaiknya dapat menjamin kesihatan yang baik.


Para pembaca yang dirahmati allah swt,
Pernahkah ada orang yang sakit yang dapat menggunakan masanya dengan sebaiknya. Tidak. Orang yang sakit akan berbaring terlantar di atas katilnya . tidak dapat bergerak. Tidak dapat pergi ke mana2 yang disukai. Walaupun pada asalnya orang itu sangat menjaga masanya, namun jika dia jatuh sakit, dia tidak mampu utnuk berbuat apa- apa.malah sangat memerlukan bantuan orang lain.


Orang-orang yang sibuk di pejabat, di sekolah, di jabatan jabatan tertinggi sekiranya mereka pandai memperuntukkan masa mereka dengan sebaiknya sebgai contoh, masa untuk bekerja, masa bersama keluarga, masa untuk bersenam dan aktif dengan kegiatan sukan, mereka ini walaupun pada zahirnya kelihatan sibuk namun mereka masih tetap mampu menjaga kesihatannya.


Pada fikiran saya jelas di sini bahawa MASA dan KESIHATAN memainkan peranan yang penting di dalam hidup kita sehari2. Subhanallah benarlah sabda nabi yang merupakan wahyu daripda allah juga.


Jangan kita membazir masa lapang  kita sehingganya kita akhirnya berada dalam kesibukan baru ingin menyesalinya. Dan jangan pula kita terlalu sibuk dengan masa yang ada sehingga mengabaikan kesihatan kita.


Wallahualam.

No comments: