Sunday, July 10, 2011

NATIONAL IBNU SINA CONFERENCE ENGAGEMENT...NICE 2011



Terlebih dahulu syukur kpd hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya berpeluang untuk menyertai satu program yang diadakan di Kelantan Darul Naim baru-baru ini. pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah disusun dengan begitu baik dan dilaksanakan sebaik mungkin. bertemakan tajuk "ISLAMIST MEDICINE...FROM BENCH TO BEDSIDE" program menarik anjuran pertubuhan amal perubatan ibnu sina malaysia ini (PAPISMA) sahaja sekadar ceramah dan pengisian menarik malah turut menjalankan practical di HUSM dan juga di PAPISMA STROKE CENTRE di Kelantan

program yang melibatkan bakal2 doktor perubatan ini telah menjemput ramai penceramah di kalangan dr pakar sendiri malah seorang profesor yang tidak asing lagi pada setiap hari sabtu yang suaranya berkumandang di radio IKIM...Prof Dr Muhaya Mohamad, consultant ophthalmologist, prince court medical centre turut dijemput untuk memberikan input2 menarik.

di sini ingin dikongsikan apa yang telah diperkatakan oleh prof sepanjang program.ceramah beliau yang bertajuk "ROLE OF MUSLIM MEDICAL PROFESSIONAL" dan " APPROACH TO DA'WAH IN HEALTHCARE" merupakan input yg sangat penting dan berguna bagi saya selaku peserta kali  ini.

beliau menekankan tentang psychology. kata-kata seseorang akan mudah memberi kesan bukan sahaja pada kata-katanya dan intonasinya sahaja malah juga pada psychology.satu experiment telah dilakukan kepada seorang peserta di mana prof bertujuan untuk menguji relationship antara psychology seseorang dengan tahap ketahanan fizikal seseorang. menurut beliau, seseorang yang jatuh sakit itu faktor terbesarnya bukanlah disebabkan penyakit tersebut tetapi pada psychologynya.

menjalankan experimentnya..


dalam experiment tersebut, peserta diminta untuk membayangkan seseorang yang paling dibenci.ujian ketahanan dilakukan dan mendapati bahawa apabila seseorang berada dalam emosi marah mempunyai daya ketahanan fizikal yang lemah.manakala dirinya akan menjadi kuat apabila emosinya senang dan tenang membayangkan orang yang disayangi.

"my inner world will affect my outer world.." dunia dalaman anda akan mempengaruhi dunia luaran anda.apa yang ada dalam minda anda akan diserlahkan melalui tindakan anda.sebagai contoh apabila anda mengalami demam dan anda mengatakan pada diri anda bahawa anda sedang lemah dan tidak berdaya membuat apa2, maka secara automatik ketahanan badan anda akan menjadi lemah.begitu sebaliknya.THINK POSITIVE is the priority..subhanallah..dek kerana itulah rasulullah saw sentiasa menggalakkan ummatnya bersangka baik..itulah sebenarnya think positive..


sebagai manusia , kita mudah untuk melihat kelemahan dan kesalahan org dan kemudian membuat penilaian sendiri membuta tuli.perkara remeh2 sebeginila yang menyebabkan hidup kita hilang keberkatan, tidak merasa tenang.bagaimana mahu tenang??mulut kita selalu mengata , mengeji dan mengumpat org..mana mungkin hati akan menjadi tenang dalam keadaan minda anda berfikiran negatif seperti itu.

sebaliknya mulai hari ini tinggalkan segala perangai buruk kita itu dan mulalah untuk melihat pada kebaikan orang lain.jangan sengaja mencari kelemahan dan kekurangan seseorang sebaliknya carilah kebaikan yg ada pada dirinya walaupun setitis sahaja.sesungguhnya manusia itu fitrahnya sangat suka dan cinta pada kebaikan..

pfor sendiri mengatakan bahawa setiap pesakit yg datang ke kliniknya tidak kira bertudung atau tidak, berpakaian menjolok mata atau tidak ..beliau akan setkan dalam minda beliau bahawa setiap mereka itu adalah mad'u nya..mad'u ialah orang yang ingin di dakwahkan..beliau mengamalkan untuk berkata2 dengan baik dan cuba untuk membawa hati pesakit2 beliau untuk lebih mengingati allah. meskipun ramai pesakit yang tidak putus2 berterima kasih padanya namun apa yang diucapkan.."janganlah berterima kasih pada saya..saya hanya berikhtiar merawat puan dengan kemudahan mesin2 yang canggih ini..yang mengizinkan mata puan untuk sembuh tidak lain tidak bukan adalah allah jua.."

subhanallah..bakal-bakal doktor sebeginila yang kita mahukan.bukan sahaja merawat fizikal pesakit malah dapat merawat pula rohani pesakit.sesungguhnya segala kuasa penyembuhan itu terletak pada kekuasaan allah.kita sebagai muslim harus meyakininya..

*insya allah akan bersambung pada post yang akan datang..semoga para pembaca dapat mengambil input2 berguna melalui perkongsian ini..insya allah..




1 comment:

dr.mya said...

waiting for the next post!

tk ingt kata-kata siapa.tp dari satu kisah, sehinggakan bayi yg dalam perut pon beliau(tk ingt spe)anggap sbg mad'u.