Sunday, July 10, 2011

NICE....2


sedari kecil kita  mempunyai cita-cita yang tinggi bukan? jika ditanya  ada yang nak jadi doktor, pillot, pollis, engineer dan pelbagai jawapan lagi..tahniah kerana anda mampu untuk mempunyai cita2 sedemikian. hidup kita penuh dengan pilihan. samada ingin menjadi baik atau sebaliknya.namun kita sebagai manusia yang dianugerahi nikmat paling special yang tiada pada makhluk bernyawa yang lain...akal..sepatutnya menanam cita-cita untuk menjadi seorang yang "GOOD"..ayuh katakan pada diri anda dengan sepenuh hati!..


I AM GOOD..saya seorang yang bagus.ingin menjadi doktor yang bagus kepada para pesakitnya.memahami dan menyelami perasaan dan penderitaan pesakit dan bukan sekadar merawat.kadang2 jika anda mengatakan kepada orang lain bahawa anda adalah seorang yang bagus sudah tentu mereka akan mengatakan anda seorang yang syok sendiri..



oleh itu anda perlu mengatakan pada diri anda..I KNOW  I AM GOOD..anda tahu kenapa anda seorang yang bagus..mungkin kerana anda menggunakan pendekatan yg mesra pesakit untuk menyelami isi hati dan masalah pesakit. mungkin juga anda sentiasa mejadi seorang yang menepati waktu @ good time management..datang kerja tepat pada waktunya..yang penting anda tahu mengapa anda seorang yang  bagus..walaubagaimanapun jika anada mengatakan pada orang lain bahawa anda tahu anda seorang yang bagus berkemungkinan mereka akan mengatakan anda seorang yang perasan dan berlagak.


oleh itu anda perlu mengatakan I KNOW WHY I AM GOOD. anda tahu mengapa anda seorang yang bagus..anda tahu jika anda memberikan perkhidmatan tebaik di dalam kerja anda sudah tentu ramai yang suka mendekati anda untuk berkawan dengan anda dan pada masa yang sama lebih ramai mad'u anda..maka lebih mudah bagi anda untuk mengajak mereka mengenal allah.yang penting anda tahu mengapa anda bagus.dengan itu jika ada persoalan daripada orang lain tentang kenyataan anda, anda sudah tidak perlu lagi merasa goyah atau bimbang kerana anda tahu apa yang anda lakukan semata2 untuk mencari keredhaan allah swt. bukannya mengarapkan pujian atau wang ringgit yang bersifat sementara daripada mereka.


seorang muslim yang professional perlulah mempunyai ciri2 yang berikut:
1-cooperative ( bekerjasama ke arah kebaikan)
2-kind ( baik hati)
3-looking for beauty (sentiasa mencari kelebihan orang lain dan bukannya keburukan mereka)
4-gentle (lemah lembut)
5-generous (pemurah dan tidak  bakhil)
6-getting  better ( sentiasa menjadi yang lebih baik)
7- accept people for what they are ( menerima orang lain tidak kira siapapun mereka)


satu kata-kata yang menarik perhatian saya ialah "DO DIFFERENT THINGS EXPECTING DIFFERENT RESULTS"..jika kita melakukan sesuatu yang berbeza akan menghasilkan keputusan atau hasil yang berbeza.kata-kata ini untuk menerangkan kepada kita bahawa jika apa yang kita lakukan selama ini menghasilkan keputusan yang tidak memberangsangkan, maka apa salahnya jika kita mengubah cara dan apa yang pernah kita lakukan selama ini supaya keputusan kita tidak sentiasa berada di takuk yang sama.memang logik apa yang dikatakan..sebagai pelajar kadang2 pelbagai usaha yang kita ikhtiarkan tidak menampakkan hasil yang memuaskan hati kita.oleh itu sesuatu perlu dilakukan untuk menghasilkan hasil yang lebih memberangsangkan.mungkin teknik dan usaha kita selama ini tidak berapa sesuai dengan diri kita..


*sampai di sini sahaja dan nantikan sambungannya pada post yang seterusnya...insya allah..=)

1 comment:

Cek Su said...

Seronok baca input yang Kak Long dapat.Teruskan!