Sunday, July 10, 2011

NICE....3

...pernahkah anda merancang masa depan anda? apa yang anda ingin capai dalam masa beberapa tahun hadapan??merancang masa depan memanglah bukannya suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan pemikiran yang jauh dan berstrategi.baik, jika ianya agak sukar bagi anda dan begitu juga dengan saya mari kita renungkan dan bayangkan kembali apa yang kita lakukan 5 tahun yang lalu.mungkin pada masa itu kta berumur dalam lingkungan 13-17 tahun. cuba ingatkan kembali apa yang anda lakukan pada 5 tahun yang lalu..bagimanakah sikap anda?buku bagaimanakah yang menjadi bahan bacaan kegemaran anda? bagaimanakah sikap anda terhadap ibu bapa anda? adakah anda seorang yang rajin mengulangkaji pelajaran?


ya sudah tentu anda dapat membayangkannya.sekarang bandingkan diri anda pada 5 tahun yang lalu dengan diri anda sekarang? tidak banyak bezanya bukan? jika pada waktu itu anda seorang yang malas mengulangkaji pelajaran, suka meluangkan banyak masa untuk membaca majalah2 hiburan dan artis..pasti natijahnya anda akan rasai sekarang.cuba renung dan lihat di sekeliling anda. mereka yang sentiasa meluangkan banyak masa untuk mengetahui perkembangan artis kesayangan mereka dan pada masa yang sama mengabaikan pelajaran mereka,,sudah tentu mereka sekarang sudah pandai bergaya dan berpakaian seperti artis kesayangan mereka itu. yang bertudung perlahan-lahan memasang niat untuk membukanya.(nauzubillah)..


oleh itu jelaslah pada diri kita apa yang kita lakukan beberapa tahun dahulu akan menentukan siapakah kita pada hari ini. jika dahulunya kita seorang yang sentiasa cuba untuk meningkatka kualiti hidup kita, sudah tentu sekarang kualiti hidup kita sekarang jauh berbeza berbanding hidup kita dahulu. maka mulai sekarang LAKUKAN PERUBAHAN..MULAKAN LANGKAH ANDA DENGAN ISTIQAMAH demi masa depan anda yang cerah dan berkualiti. tinggalkan segala bahan bacaan yang melalaikan. cuba untuk berjinak dengan bahan2 yang ilmiah dan mendatangkan faedah untuk diri dan jiwa anda.apa yang anda lakukan sekarang akan menentukan masa depan anda hanya beberapa tahun di hadapan anda. sentiasalah cuba untuk sibukkan diri anda dengan perkara yang mendatangkan manfaat dan keredhaan allah.tinggalkan perlahan-lahan segala yg tidak baik demi menjaga apa yang baik untuk diri kita.insya allah banyakkan berdoa semoga diri kita semua diberi kekuatan untuk memulakannya.


suka untuk saya berkongsi sedikit kisah yang diceritakan oleh prof  sendiri sewaktu beliau masih belajar. beliau menceritakan kisah alam pembelajarannya yang agak "skema" .apabila kuliah bermula beliau duduk di barisan hadapan, duduk dengan betul dan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh pensyarah tanpa menghiraukan rakan2 di sekelilingnya.pada masa yang sama beliau mencatat apa2 yang tidak difahami.apabila kuliah telah berakhir beliau berjumpa dengan pensyarah untuk bertanya tentang apa yang kurang difahami.

tibanya waktu makan semua rakan-rakannya duduk beramai2 menjamu selera sdangkan beliau pada masa itu hanya makaan bersendirian sambil kepalanya memikirkan apa yang telah diajar oleh pensyarah sebentar tadi.beliau cuba untuk mengingat kembali apa yang dipelajari. manakala ketika rakan2 nya ingin bersiar-siar bermain bola keranjang dan sebagainya, beliau berada di biliknya sambil cuba untuk membat nota ringkas.


mungkin tidak semua orang dapat melakukan apa yang dilakukan oleh prof namun dapat kita lihat bahawa beliau tidak sedikitpun ingin membzairkan masanya. beliau cuba menggunakan masa semaksimum mungkin demi kebaikannya. "YOUR CORE BUSINESS IS STUDY" anda boleh lakukan apa yang anda rasa elok untuk anda tetapi sebagai pelajar, anda tidak boleh mengenepikan pembelajaran anda. apabila anda telah masuk dalam pengkhususan pekerjaan yang tertentu, anda wajib mempelajarinya sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.


"BELAJARLAH UNTUK TAHU DAN BUKANNYA BELAJAR SEMATA-MATA UNTUK LULUS DALAM PEPERIKSAAN" 


jika anda belajar untuk tahu maka sudah tentu lebih banyak perkara yang anda ingin cuba fahami walaupun ianya tidak ada di dalam silibus pembelajaran anda.dalam masa yang  sama anda sudah selangkah ke hadapan berbanding orang lain kerana anda mengetahui perkara yang orang lain tidak tahu. jika sekiranya anda belajar semata-mata  untuk lulus dalam peperiksaan, anda tidak akan berminat untuk mengetahui  perkara-perkara lain  selain dari apa yang ada di dalam silibus anda. maka kefahaman anda hanya setakat itu sahaja.tiada penghayatan yang benar2 lahir dari hati anda untuk menyingkapnya..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..syukur kerana melalui program ini saya dapat mencedok setitis ilmu dari mereka-mereka yang berpengalaman dan berjaya..sedikit kenang-kenangan bersama prof dan sahabat yang menyertai...


juga berkesempatan untuk bertemu bekas pelajar cemerlang spm 2006 yang menuntut di Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, Kelantan..Siti Fatimah Mukhtar..





* semoga para pembaca mendapat input2 berguna dari secebis perkongsian ini.segala yang baik adalah dari Allah swt dan yang buruk dari  diri sy sendiri.wallahualam..





4 comments:

srikandi ISLAM said...

NICE!

Cek Su said...

Wahhhh Kak Long!Bestnya dapat posing ngan Prof Muhaya n Siti Fatimah!Jealous,jealous,jealous...hehehe...

asmaa' binti ahmad jafree said...

srikandi islam..yeaah! it really nice miru..heheh =)

ceksu..
hehe..alhamdulillah ada sedikit kesempatan untuk dibuat kenangan bersama ceksu..=)

Ibnu Al-'Abd said...

SubhanaLlAH...

Entri bersahaja yang mencetus 'rasa' untuk menjadi luar biasa!