Tuesday, February 4, 2014

Sentuhan kalbu

Assalamualaikum Warahmatullah..

Alhamdulillah..Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.tangan tangan ini tidak bisa menyusun pergerakan untuk menyentuh papan keyboard tanpa izin dan kudrat dari Ilahi.

apa khabar iman kita?semakin mantop? atau sebaliknya.? tidak dinafikan menjadi manusia bukan satu tugas yang mudah.namun segala panduan dan manual demi menjadi manusia sebenar di sisi tuhan telah disediakan oleh Allah swt di dalam Al quran dan melalui rasulnya.

lakukan apa saja yang selagi baik untukmu yang mengundang rahmat Tuhanmu. kadang2 dalam hidup ini kita terlajak. terlajak kata..terlajak perbuatan..namun semua itu perlulah di top up dengan
taubat nasuha. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

hanya satu mesej yang ingin disampaikan.

beramallah kita tanpa rasa menunjuk nunjuk.satu kata yang sanagt memberi motivasi kepada pembaca in syaa allah.dari seorang sahabat pernah berbicara kepadaku..

"buat apa kita nak beramal tapi riak..tak sepatutnya kita berbangga dengan amalan kerana setiap amalan yang berjaya kita lakukan itu pun disebabkan Allah yang bagi kekuatan, kudrat dan izinnya.kalau allah bagi kita sakit,,tiada sedikit daya upaya pun kita nak angkat tangan untuk berdoa.semua amalan yang kita buat tu sebab allah izin.tak perlu kita berbangga bangga."

Allah..

Saudara Hilal Asyraf pernah mencoret dalam bukunya berjudul : batu bata kehidupan.

" kenapa kita perlu ikhlas?kenapa kena buat baik walaupun belakang orang? kenapa takleh mengumpat walaupun tuannya tak dengar? kenapa dan kenapa?.."

jawpannya mudah.Kerana Allah yang menghitung amalan kita dan bukannya manusia.tiada sesuatu pun yang tersembunyi dari  pengetahuan Allah.

moga menjadi panduan utk kita meneruskan amalan soleh  in syaa allah.

hingga ketemu lagi ..
..sollu ala nabi..



Friday, February 22, 2013

HOSHAS temerloh-sihat sebelum sakit.


Alhamdulillah alhmdulillah thumma alhamdulillah..allah memberiku dan rakan2ku peluang untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran di dalam wad di hospital Sultan Haji Ahmad Shah@ HOSHAS di temerloh.terlalu banyak hikmah yang dapat kukutip.alhamdulillah.

Hari pertama di hospital yang juga merupakan hari ulang tahun kelahiranku.tak sangka aku akan menyambut birthday bersama pesakit2 di HOSHAS.alhamdulillah ia satu hadiah yang bermakna dari allah untukku.

Hari pertama memulakan ward round memang agak kekok.tapi kucuba biasakan diri.mencubit sedikit ilmu dari MO dan HO.mendekati pesakit dan bertanya khabar.ternyata mereka begitu ramah.wad kenanga 14 yang menempatkan pesakit wanita sahaja.mereka dari pelbagai latar belakang ternyata mempunyai sejarah penyakitnya yang tersendiri.

Makcik2 dan kakak2 berbaju hijau yang dilingkari dengan pelbagai wayar, dan jarum2.terlalu sakit untuk dipandang.apalagi yang melihatnya.dengan sanak saudara yang menemani di sisi.tidak kurang juga yang bersedirian.terbit rasa simpati pada mereka.semoga allah menyembuhkan mereka.mungkin allah amat menyayangi mereka dan ingin menghapuskan dosa2 mereka.allahuakbar.tidak dapat kubayang sekiranya aku yang berada di atas katil tersebut.

Seorang kanak2 perempuan yang asyik pengsan di perhimpunan.selalu mengalami sesak nafas menurut ibunya.melihatkan pada chest x-ray menunjukkan ada satu ketumbuhan pada paru parunya (lymphoma) .allahuakbar.masih muda lagi dan cantik orangnya.simpati ku pada kanak2 itu.DR pakar segera menerangkan situasi sebenar kanak2 itu kepada ibu bapanya.menitis air mata si ibu mendengarnya dek  kerana bimbang dan sayang pada anaknya.teresak2 si ibu mendengar anaknya mengalami ketumbuhan yang agak bahaya.aku dan rakan2 mengusap  usap bahu si ibu..

“sabar ye makcik in syaa allah kita doakan pada allah  yang terbaik untuk adik…semoga adik cepat sembuh”

Aku juga turut sebak.allahurabbi.

Di satu sudut terlantar seorang nenek penuh dengan wayar2 juga.aku mendekatinya.subhanallah wajahnya mirip arwah nenekku.umurnya juga seperti umur arwah nenekku.nenek itu kelihatan sukar sekali untuk bernafas.andai aku mampu lakukan sesuatu untuk nenek itu.tidak sanggup aku melihatnya.

Petang itu yang sepatutnya aku sudah pulang ke rumah..seorang MO memintaku dan rakan2 untuk memberikan bantuan pernafasan kepada nenek itu.kami berempat  bergilir2 “bagging”.dalam 2 jam juga seingatku.aku mengusap2 tangannya yang sudah berkedut dan agak kekuningan dan sedikit dingin.sambil cuba membacakan ayat2 syifa’ yang diajar oleh datukku.

“bismillahisyaafi..bismillahilkaafi..bismillahil ma’afi…………………………”

Rakanku mengusap2 dada nenek itu pabila dia terbatuk.”

ya allah berilah yang terbaik untuk nenek ini..ampunilah dosa dosanya..” 

sempat juga kuberbual dengan anaknya yang tidak jemu menjaganya.ibunya itu asalnya menghadapi diabetes/ kencing manis.sebelah kakinya telah dipotong hingga ke lutut termasuk beberapa jarinya.aku menyentuh kakinya..memang ada kurang satu jari.dan sedikit bahagian tumitnya bertukar hitam.bahana kencing manis!

Pabila tugas kami selesai kami pun terpaksa meminta diri untuk pulang.jauh di hati ku sangat mengharap keadaan nenek itu makin baik.dengan izin allah.

Hari kedua kuteruskan ward round bersama Dr pakar perubatan dan beberapa MO dan HO.beberapa orang patient baru sudah berada di dalam wad.

Seorang wanita 40 tahun dengan suspek denggi.bacaan plateletnya cuma 12 x 10 kuasa 9.sangat rendah.ini bahana nyamuk.sugguh hebat ciptaan allah.nyamuk yang kecil pun boleh memberikan kesan besar kepada manusia.saiz nyamuk dengan manusia adalah seperti langit dan bumi.itulah hebatnya ciptaan allah.kecil bukan bermakna tidak bahaya.

Di kejauhan kelihatan seorang makcik berbadan agak besar.wajahnya sangat montel dan kiut.wajah sebegini tidak normal sebenarnya.makcik ini mengahadapi “cushing syndrome” di mana saiz badannya akan menjadi lebih besar dan mukanya bulat.semuanya gara2 memakan ma’jun.bahaya rupanya ma’jun ni.ia mengandungi steroid yang akan memberi kesan kepada saiz badan kita.badannya pun penuh dengan merah2.kesian makcik ini.gara2 terpedaya dengan penjual ma’jun.pengajarannya jangan beli ubat sembarangan.mesti jumpa doktor.

ilmu yang dr belajar itu juga dari allah.bertahun2 lamanya belajar ilmu allah sebelum boleh rawat insan2 yang memerlukan.jujurnya ku katakan kerja sebagai dr adalah satu pengorbanan seumur hidup kepada insan2 yang memerlukan.hidup seorang doktor untuk pesakitnya.jadi,,kalau ikhlas banyak pahala kerja doktor ni.pengorbanan, kesusahan tidak boleh dipisahkan dalam profession kedoktoran.aku menyaksikan sendiri kesukarannya semasa bekerja lebih2 lagi sewaktu housemanship@ HO.

Di penghujung wad ada lagi seorang remaja perempuan  13 tahun yang baru dimasukkan ke hospital.wajahnya agak  pucat dan kekuning kuningan.anemia/ kurang darah.bacaan hemoglobinnya hanya 4.5.em sangat rendah! Namun beliau sangat aktif di sekolah menurutnya.

Aku pergi lagi melihat  nenek semalam.kelihatannya agak tenat.wajahnya bertukar semakin pucat.ya allah.ramai dr bergegas memberikan bantuan kepada nenek itu.kelihatan sanak saudaranya serta anak2nya mendekat ke telinga nenek itu untuk mengajar kalimah agung syahadah.allahuakbar.mungkin sudah masanya nenek itu menghadap ilahi.menjelang tengahari nenek itu dengan tenangnya menghembuskan nafas terakhir.allah menyayanginya.

suasana agak sebak.aku juga turut merasai kehilangannya.namun ku sangat bersyukur kerana allah mengizinkanku untuk membuat sesuatu untuk membantu nenek itu.alhamdulillah.mudah mudahan allah menempatkan beliau dalam golongan hamba hambanya yang beriman dan beramal soleh.semoga segala kesakitan yang beliau alami selama ini sebagai satu cara penghapusan dosa.

Hari ini giliran nenek itu,,suatu hari nanti giliran kita pula..

kerjaya kedoktoran ini adalah yang paling dekat dengan kematian.hari2 pasti ada kes kematian.para doktor seharusnya menjadi insan yang paling dekat dengan allah.jom jadi doktor yang soleh dan solehah.merawat jasad dan rohani pesakit dan bukannya rawatan jasmani semata mata.

Hari seterusnya aku berpeluang melihat bagaimana 2 orang dentist memeasang “arch bar” pada seorang pesakit yang mengalami kemalangan yang teruk.seorang wanita dengan rahang atas dan bawahnya yang retak.wajahnya penuh dengan jahitan.allahurabbi.kelihatan begitu perit sekali.beliau kelihatan amat lemah.sesekali terdengar keluhan “sakit…sakit..”

kalaulah aku mampu membuat sesuatu untuk mengurangkan kesakitannya…ku amat kagum dengan kepakaran dentist itu memasang arch bar .sesungguhnya bekerja di ruangan yang sempit seperti mulut bukanlah suatu kerja yang mudah.amat memerlukan pengetahuan yang mendalam.banyak lagi yang perlu kupelajari.pemasangan yang sungguh kemas sekali. Pemasangan arch bar itu adalah untuk membetulkan dan mengembalikan rahangnya kepada kedudukan asal.sebagai seorang pelajar pergigian aku sungguh teruja.ingin menjadi seperti mereka.in syaa allah.

Hari ketiga dan hari keempat aku mengikuti ward round untuk subjek general surgery. Keadaannya lebih parah lagi kerana kebanyakan pesakit di sini mengalami kemalangan jalan raya dan pelbagai jenis pembedahan.

Di kejauhan satu sudut katil.terlihat seorang makcik cina dengan wajahnya berlumuran darah.dia juga mengalami pendarahan di dalam  kepala@ ICB (INTRACRANIAL BLEEDING). Matanya bengkak serta penuh lebam di mukanya.terasa agak ngeri untuk menatap wajahnya lebih lama.namun kukuatkan semangat.

Di wad bersebelahan ada seorang pakcik melayu yang agak kurus terlantar keletihan di atas katil kerana  menjalani pembedahan usus disebabkan ketumbuhan pada ususnya (adenocarcinoma).banyak sekali wayar yang menembusi badannya.pergerakan beliau agak terhad dek kerana wayar2 tersebut.allahuakbar.hebat sekali ujian yang allah berikan kepadanya.seorang dr pakar menasihatinya

“ ini makan masa juga..in sya Aallah kita cuba yang terbaik.pakcik banyakkan berdoa ya..insya allah moga cepat sembuh..”

Makin hebat seseorang itu di sisi allah makin hebat ujiannya.allahuakbar.

Di dalam wad itu juga ada seorang anak lelaki muda berumur 21 tahun yang juga mengalami kemalangan jalan raya.kepalanya juga mengalami pendarahan namun yang bezanya pesakit ini banyak bercakap.beliau seorang yang talkative.beliau ternampak aku dan rakan2 yang membuat rondaan di dalam wad.sejenak kami melalui katilnya.

“makcik..makcik kat blakang tu..marila sini..makcik dah makan? Kalau belum saya nak suapkan…” dengan tersengih2 dia bercakap.

Aku dan rakan tersenyum lucu dengan kata2 adik tersebut.ibunya juga turut tersenyum dengan telatah anaknya itu. suasana  dalam wad agak meriah dengan kehadirannya dek kerana “kebisingannya”.

“dia panggil kita makcik???.....huhuhu..”

Allahuakbar begitula banyaknya hikmah yang ada di hospital.hikmah itu di mana2.kita yang perlu mengutipnya.pelbagai kisah pesakit lain yang tidak dapat untuk kucoretkan semuanya di sini.

Kusinggah di satu wad sambil bertanya khabar kepada seorang pakcik.pakcik ini kebetulan mirip dengan tokki ku.teringat pula tokki di kampung.pakcik ini perlu berpuasa pada hari tersebut untuk melakukan OGDS@ suluh perut.pakcik ini sungguh ramah.aku menganggapnya sebagai datukku.terasa seperti bercakap dengan datukku.subhanallah.terubat rindu kepada tokki di kampung.

Alhamdulillah ini satu pelajaran buatku.ingat lima perkara sebelum lima perkara.antaranya sihat sebelum sakit.apabila sakit banyak perkara yang tidak bisa kita lakukan.termasuklah ibadah2 khusus dan umum.jadi, menjaga kesihatan badan juga merupakan satu ibadah.badan yang sihat akan memudahkan kita untuk beribadah kepada  allah. Adakalanya sakit itu sebagai ujian allah untuk kita.untuk mengangkat martabat kita di sisinya insyaa allah.
Sehingga bertemu lagi..=)







Thursday, February 14, 2013

bicara 2 gadis

Suatu pagi di sebuah taman yang indah terlihat 2 orang gadis sedang berbicara mesra……

Della: kamu apa khabar ya.. udah lama enggak ketemu sih.kangenn banget sama kamu.

Delisya: Alhamdulillah..aku sihat aja kok.aku juga kangen sama kamu.oh ya dengar2 kamu sudah hampir tamat pengajiannya.apa ya rencana kamu setelah habis belajar nanti?

Della: yaa alhamdulillah tinggal bakinya cuma 1 tahun aja lagi..ish ngak sabar sekali deh.penat amat belajarnya.hari hari tetap sama bukunya.capek sih.

Delisya: *melirik senyuman lucu..iyaa udah namanya pun belajar harus ke mana mana aja bersama buku.aku juga pernah punyai perasaan kayak kamu della.aku hampir rasa putus asa.hampir mahu berhenti belajar.kamu tau enggak apa yang membuatkan aku bersemangat lagi? Bapaku selalu pesan, jika kita niat yang sebenarnya kerana allah kita nggak bakal rasain capeknya.kerana apa apa saja yang kita lakukan jika benar kerana allah, allah pasti akan permudahkan untuk kita.ya kan?

Della: subhanallah.benar juga kata kamu. Aku seharusnya merasa seronok kerna bisa belajar banyak perkara dari orang lain.ramai lagi orang2 di luar sana yang mau belajar tapi enggak punya uwang untuk biayanya.waduuh..kita sungguh beruntung..astaghfirullah..

Delisya: astaghfirullah..ya benar.kuncinya cuma pada niat kita.emangnya mau belajar atau mau cari cowok..biar jelas niatnya. =)

Della: aku beruntung banget dapat ketemu sama kamu hari ini.rasanya kayak bertemu semangat luar biasa yang baru sih..hehe..

Delisya: kamu ini ada ada aja Della. Alhamdulillah banyak cara allah mahu kasi kita ilmu.mungkin melalui pembacaan dan mungkin juga melalui teman teman.terutamanya aku…*mengangkat kening tersenyumm lucu..eheh aku bercanda aja kok..=)

Della: haha..oh iya ,,udah hampir zohor ni.kita solat di masjid sana yuk.

Delisya : oh iya2..ayuk..

Della dan Delisya berjalan seiringan menuju musolla..THE END

Tuesday, February 12, 2013

ISTIMEWA VALENTINE 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jam menunjukkan pukul 12 malam tepat namun matanya masih lagi belum dapat melelapkan mata. Telefon bimbit di tangannya dipegang erat sambil menunggu mesej baru masuk ke telefonnya. Hatinya menjadi tidak setenang dulu. Rasa rindu yang membuak buak kepada kekasih hati membuat dirinya ibarat makan tak kenyang , mandi tak basah. segala yang dilakukan pasti teringatkan pada si dia. Hati jadi tidak menentu. Inikah yang dinamakan cinta? Hatinya selalu bermonolog sendirian.

Perkenalan ringkas dari “muka buku@ facebook” 2 bulan lalu itu bertukar menjadi suatu yang sangat indah baginya.dia percaya bahawa lelaki itu adalah jodohnya yang sebenar yang telah ditetapkan oleh tuhan. Dia sering membandingkan naluri dan firasatnya yang sentiasa sama. Baginya, kekasihnya itu lambat laun bakal menjadi yang halal buatnya. Sejak itu, hubungan mereka semakin erat walau jauh dari segi jaraknya.


“…awak dah makan?..” telefonnya bergetar menerima mesej membuatkan dirinya berdebar debar.


“..Alhamdulillah..dah..awak?..=)” .butang “SEND” segera ditekannya.


Begitulah sehari2. Hidupnya telah berubah setelah berkenalan dengan lelaki tersebut. Baginya kekasihnya itu merupakan seorang yang sangat mengambil berat, dan menghormati orang lain. Ini menguatkan lagi firasatnya bahawa memang si dialah jodohnya. Hinggalah suatu hari dia tidak teragak agak untuk dia bertanya kepada lelaki tersebut..


“..awak..boleh saya tahu..bila kita mahu merancang masa depan kita.?maksudnya..merancang untuk berkahwin..”

Dia menanti agak lama sebelum mesej seterusnya menggetarkan telefonnya.

“Insya allah.saya pun terfikir tu..tapi mungkin lambat lagi kot..lagipun kita tak kenal sangat lagi..kita kawan dulu..bila tiba masanya..kita kawenla..”

Satu senyuman terukir di bibirnya.

“tak sangka..jodoh yang kucari selama ini..akhirnya kujumpa..alhamdulillah..”
Hari berganti hari..minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun. Perhubungan mereka makin serius. Dari bermesej hingga lewat malam diteruskan dengan perbualan telefon di waktu insan lain sedang tidur nyenyak.bukan itu sahaja. Mereka juga merancang untuk lebih kerap bertemu 4 mata di tempat2 yang ramai orang supaya tidak berlaku fitnah dan prasangka orang lain.

Pertemuan demi pertemuan itu membuatkan hati mereka lebih kukuh terpaut dengan “ikatan cinta”.Melalui hidup sehari2 tanpa memikirkan kekasih hati adalah suatu yang berat untuk ditinggalkan.

“..yang..i rindu sangat yang tau..=)..” bunga bunga  bahagia menghiasi seluruh hatinya.

“I pun..sweet..=) “

Dengan tidak disangka sangka..perhubungan mereka akhirnya tersasar dan mereka terjerumus ke lembah maksiat. Setelah itu barulah  masing masing tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Perancangan mereka untuk bernikah selama ini merupakan satu angan angan kosong rupanya. Itu semua merupakan satu alasan untuk mereka saling berhubungan bersama bukan mahram. Nauzubillah.


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..


CINTA itu merupakan suatu yang suci dan tinggi yang Allah anugerahkan kepada setiap insan. Kitalah yang menyalahgunakan nikmat cinta itu kearah yang tidak diredhai. Lingkungan hidup remaja merupakan waktu yang paling dahsyat dilanda konflik cinta. Pening memikirkan antara cinta palsu atau cinta benar.

Layarilah hidupmu sebagai seorang hamba yang sentiasa dahagakan cinta sang pencipta cinta. Jangan diikutkan nafsu yang sentiasa tergila gila memandu kita ke kancah penyesalan. Cinta yang benar bukan sahaja memberi bahagia akan tetapi membenihkan sejuta ketenangan dan keredhaan dari ilahi.Jika sedar diri terlalu mudah dikalahkan oleh cinta palsu, maka elaklah seawalnya supaya kita tidak diseret oleh syaitan laknatullah ke tempat yang tidak sepatutnya. Tidak semestinya dengan “bercinta sesama bukan mahram” menjanjikan jodoh yang terbaik buatmu.Cintailah Allah maka Allah akan memberikan cinta insan yang mencintaiNya kepadamu.Allah itu Maha Adil.Walau tidak pernah bersua.Walau tidak pernah berbual bicara..Sekiranya itu jodoh yang Allah tetapkan untukmu maka dia akan tetap disatukan denganmu. Mohon Allah kurniakan jodoh yang soleh dan solehah untukmu.


Akhir kalam,
Jangan risau jangan gelisah kiranya diri masih belum berpunya. Usaha tetap usaha.Namun biarlah setiap usaha dan langkah bertepatan dengan apa yang Allah suka. Sedangkan cacing di bawah batu pun Allah ciptakan pasangan apatah lagi manusia yang mulia. Hanya keyakinan yang benar  kepada Yang Maha Kuasa dapat menjadi sumber kekuatan diri.Kepada yang sudah berpunya  Alhamdulillah.Segerakan bahtera rumahtanggamu. Moga allah memberikan keluarga bahagia buat kalian serta ditemani redhanya.


SAY YES TO COUPLE…but AFTER AKAD ^^






























Saturday, February 2, 2013

sejenak: bengkel penulisan muslimah



 Alhamdulillah kerana berpeluang menimba sedikit ilmu dalam bidang penulisan anjuran K FIQH yg mantop.


                                                                        ole2 utk peserta

                                UIA gombak.x sangka dapat ke sana sempena menghadiri bengkel..


                       Majlis pembukaan oleh dr Zaharuddin. beliau seorang yang hebat dan berilmu.beliau juga salah seorang penggerak K-FIQH.subhanallah.usaha yang sungguh baik.


 sesi bengkel pertama. Mbak oki! ^^ oleh kerana aku juga minat menonton filem indon jadi tiada masalah utk memahami "loghat" nya.menceritakan pengalamannya sebelum menjadi seorang penulis.





 sahabat2 USIM yang turut serta.yang best dapat minum air dalam gelas yang sungguh unik.tinggi betul!

 sesi kedua.kak fatimah syarha.lembut dan santun orangnya.banyak teknik yang aku peroleh darinya.alhamdulillah.ilmu itu datangnya dari allah.

 sesi praktikal.aku tidak melepaskan peluang utk mencuba. cuba mengaplikasi teknik "mengayat" yang baru dipelajari..seronok ^^

 sesi terakhir ustaz Hasrizal @saifulislam.maaf sbb gambar ustaz blurr =(



 suasana yang susah untuk dijumpai di Usim.UIA memiliki satu design bangunan yang sungguh unik bagiku.

tahniah kepada K FIQH.semoga banyak lagi program seperti ini diadakan demi kebaikan bersama.i.allah.

*kekangan masa utk exam menghalangku untuk mengarang lebih panjang.maaf atas segala kekurangan.semoga bertemu lagi.Assalamualaikum wr.



Saturday, January 12, 2013

successful of HKR 2013..

 kalau dulu, tengok polis mesti rasa takut.letakkan takut itu hanya pada allah.selagi kita yakin apa yang kita buat adalah betul.demi kebaikan ummah tercinta.alhamdulillah hari ini kudapat lihat pihak polis lah yang bertungkus lumus menjaga keselamatan rakyat yang terlibat dengan perhimpunan ini.
subhanallah..
 sumber rezeki terlalu banyak di sepanjang jalan menuju ke stadium..(walaupun dalam TV melaporkan ianya merugikan rakyat..ops..)..datang dan tengok sendiri..



 menakjubkan..mereka juga merasa bertanggungjawab sebagai rakyat malaysia.walau bagaimanapun kena sampaikan sinar islam tu pada mereka..mudah mudahan mereka x jadi punk lagi..hehe..insya allah..suatu hari




 pemuda harapan bangsa...pemudi tiang negara..







 budak2 lelaki..menguji keutuhan ukhuwwah ni..^^

 i'm proud to be malaysian..saya sayang malaysia..kuingin jadi sebahagian dari sejarah..



 laungan merdeka bergempita..di sinilah dahulu laungan merdeka dilaungkan..kali ini sorakan merdeka akan dilaungkan bagi membebaskan malaysia dari  belenggu "penjajah"..


Monday, December 31, 2012

HAPPY NEW YEAR! ^^




Alhamdulillah satu pengalaman berharga yang tidak mampu kuungkapkan. Pengalaman berada bersama khalayak ramai pada malam yang sungguh busy..malam tahun baru.


Perjalanan bermula dengan jem yang amat teruk.terpaksa parking jauh dari dataran merdeka.jam menunjukkan hampir pukul 12. makin malam makin ramai manusia yang tak tahu entah dari mana datangnya.aku terbayang suasana semasa orang melakukan tawaf dan haji di mekah.em ok.. tapi pemandangan is not like that..di mekah semuanya putih..di sini..huh!






Kaki melangkah perlahan menuju ke crowd orang ramai..masing2 menunggu count down ambang 2013.10…9..8..7…6……….1!!



Dum..dum..dum…!!kelihatan bunga2 besar muncul di celahan langit  malam yang kelam..wowwwwwwwwww!!!! so meriah dan bising…..!!


Berada di tengah2 asakan polis dan orang ramai..tiba2 terdengar satu suara…beri laluan..beri laluan!…beberapa polis hampir ke arahku…di belakangnya ada lagi polis2 lain yang menyeret beberapa orang pemuda yang berantai dan..emm…tak tahu kenapa..tetapi suasana amat menyeramkan..dentuman bunga api boleh tahan 15 minit juga lamanya…ok apa faedah selepas tengok bunga api?? 

Inilah yang dinamakan pembaziran! Sedangkan berapa ramai lagi keluarga miskin yang tidak cukup makan,,pelajar2 yang ingin melanjutkan pelajaran yang tidak mendapat bantuan..bunga apilah yang didahulukan dulu…betullah tu slogan “rakyat didahulukan…” (muka 10 sen dan mata ke atas)


Tenggelam di tengah2 lautan manusia membuatkan tanganku semakin erat memaut lengan rakanku..”jangan lepas tau..nanti tak jumpa…awak jangan takut ok…betulkan niat kenapa datang sini..”


Muka kawanku dah semakin pucat. ”awak tenang ok..doa banyak2..kita ada kawan2..jangan lepas tangan ni…” senyuman dihulurkan.


Seusai habisnya dentuman bunga api..berbondong2 manusia bergerak menuju ke merata arah…wisel,,telinga arnab yang menyala2..punk..si seksi yang menyeksakan..anak2..pakcik tua..makcik tua dan muda..baby dalam troli..yang  berambut rebonding..bersubang di hidung semuanya bergerak dalam satu gelombang besar yang ku tak tahu hala tujunya..allahuakbar….suasana memang menyeramkan ditambah sahutan pihak polis dan wisel2nya…askar2 berbaris ibarat satu rusuhan akan berlaku..”ok…tenang asmaa’..i like this challenge..!”



Pendekkan cerita…kami ke masjid as syakirin..unfortunately dah terpisah dari kumpulan yang sepatutnya kami bersama mereka..namun kami tidak berhenti di situ..satu inisiatif dari seorang sahabat..”ok kita agak terlambat sebenarnya sebab orang lain dah gerak dengan flyer masing2..jadi i.allah kita akan buat street dakwah sendiri..dakwah tu di mana2..”


Kami berkumpul..taklimat , tazkirah dan taujihat diberikan..kami faham apa tugas dan tujuan kedatangan kami pada malam itu..betulkan niat..then we have that flyers..ready..kita bergerak dalam group masing2..


Dari jauh ternampak kelibat ramai anggota polis dan askar..terlihat bberapa polis dan gerombolan orang ramai berkejar kejaran ke satu arah..” apa yang berlaku ni?....kenapa semua orang berlari….cool2..” kucuba mencari punca namun tak terlihat..teruskan perjalanan dengan tenang..

Sampai di satu tempat..kuterlihat sekelompok akak2 mungkin lebih kurang sebaya denganku sedang makan burger..berborak dan melepak bersama kawan2..


“asslmkm kak selamat tahun baru! Saya ada sesuatu yang special untuk akak..insya allah akak boleh baca kat rumah nanti..” flyer diambil dari tanganku…berkenaan homoseksual..ku sendiri pun x sempat membacanya..just sebagai alat utk menyapa.. “terdetik nak Tanya akak dari mana..umur berapa..buat apa…dan macam2la pulak…” ok mereka semua mudah di approach rupanya..alhamdulillah..kuteruskan perjalanan..


“asmaa’ sy takutla nak bagi…tak tahu nak cakap apa..susahnya nak dakwah ni..” ujar sahabatku.” .relax dib....dakwah kita tak setanding dakwah rasulullah..rasulullah dilontar dengan batu2..kita just bagi flyer..mula2 memang takut..amar ma’ruf ni bukan bende senang..tapi awak boleh..atasi rasa takut..kita buat kerana allah..i.allah  allah permudahkan..” (ni dah kira latihan praktikal ni..huh)

Dib..awak Nampak kakak tu??..apa lagi bagila kat dia satu..tegur elok2..


“akak selamat tahun  baru..ni untuk akak nanti akk boleh baca ye….” Sahabatku  tersenyum sipu.

Alhamdulillah ..awak boleh!.tak takut kan..? blink2.. ok kita cari orang lagi..


Terlihat satu kelompok lelaki..mak aih macam band westlife dengan matanya biru…hensemnya..ok astaghfirullah..betulkan niat..tak semena2 kawanku menghulurkan flyer..”happy new year! this is for u..try to read this!” si mat salleh itu tersenyum sipu2…


Ok dib…awak memang boleh…hehe..tibe2 rasa seronok pulak bagi flyer kat orang kan…jom jalan depan lagi..


Aku terlihat sekumpulan lelaki dan wanita mat salleh..perempuannya cantik sgt..tapi ada ramai lelaki di situ..”ok xpe kita2 semua boleh buat..kutarik nafas dalam2..


ya rasulullah pengorbananmu lebih besar dari apa yang aku buat hari ini..engkau dicaci dihina..dilontar batu dan benda2 kotor..darah jihadmu sentiasa mengalir..sedangkan aku pada malam ini Cuma perlu mengorbankan ketakutanku…


“hai..happy new year!! we have something for u this night..you can take this and have a nice reading!”


“oh thank you…”


Tetibe rasa nak menyapa..”welcome..erm..where did you come from?..we are Malaysian and  also students..emm what is your opinion about this new year celebration? Is it good..?” (banyak la pulak soalan yang keluar….hehe..control2)


“oh I see..we are from Germany……..i always expected that people in Malaysia are all wearing scarf and  something that cover their face..(purdah la kot)..but it is still ok..and actually I have brought one scarf.. a beautiful scarf to my family..and I like it..my family also like it..”


“oooh really…dush! Betapa malunya perasaanku..” rupanya2 nya mereka respect dan expect ummat malaysia ni semuanya menjaga batas2 aurat dan batas2 agama..agak malu kerana masyarakatku sendiri yang meninggalkan segala suruhan islam..alangkah untungnya dan tingginya  islam jika semua orang mengikut apa yang allah suruh..jaga aurat dan sebagainya..non muslim pun respect kita…ummat islam sendiri yang meruntuhkan islam tu..nauzubillah..


Aku sempat lagi bergambar…sungguh ku temui pengalaman yang begitu berharga yang tak dapat kuungkapkan..separuh malamku kuhabiskan dengan berjalan2 “mencari kawan baru”

Allahuakbar..banyak yang kuperoleh..terlalu banyak dan tak mampu untuk ku ceritakan segalanya dalam blog ini


Hanya satu ingin kutekankan..dakwah itu kewajipan kita..takut atau tidak kita kena cuba kerana allah mengatakan kita adalah ummat yang terbaik kerana kita menyuruh yang ma’ruf mencegah yang mungkar..allah…ada pengalaman manis dan pahit..namun inilah jalan2 yg dilalui para anbiya terdahulu demi menyampaikan risalah islam..jalan seperti rasul2 terdahulu lalui bukanlah jalan yang penuh dengan keseronokan dan kemewahan akan tetapi penuh dengan duri2 yang tajam..ada manisnya namun lagi banyak pahitnya..


Surah Ali 'Imran [3] : 110

110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.



Namun allah takkan sia2kan semua itu…allah menjanjikan syurga buat mereka yang berjual beli dengan diri dan hartnya..marilah kita menjadi salah seorang dari golongan yang allah sebut ini…

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka" - Surah at-Taubah: 111