Thursday, May 7, 2009

KELEBIHAN MEMBACA AL -QURAN..

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..

Segala puji bagi Allah, Selawat dan ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga baginda serta para sahabat R.A.
Al-Quran adalah kalamullah keutamaannya atas semua kalam bagaikan keutamaan Allah atas ciptaan-Nya, dan membacanya adalah sebaik-baik gerakan lidah.

Banyak keutamaan belajar Al-Quran, mengajarkan dan membacanya, diantaranya :

1. Pahala mengajarkannya:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik orang di kalangan anda adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”. ( HR al-Bukhari )

2. Pahala membacanya:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali ganda.” ( HR. al-Tirmidzi )

Keutamaan orang yang menghafal Al-Quran dan orang yang pandai membacanya:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perumpamaan orang yang membaca Al-Quran dan dia hafal maka dia akan bersama para malaikat, perumpamaan orang yang membaca Al-Quran dan dia tersangkut-sangkut ( tidak lancar ) membacanya maka baginya dua pahala ( pahala menanggung kepayahan dan pahala membaca)” ( HR al-Bukhari dan Muslim ). Dalam hadis lain baginda SAW bersabda yang bermaksud : .”“ Dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran : bacalah, tingkatkanlah bacaanmu, dan bacalah dengan tartil ( memelihara hukum tajwid ) sebagaimana anda membacanya didunia, maka sesungguhnya kedudukan anda di akhirat kelak ialah pada akhir ayat yang anda baca di dunia ( HR.At Tirmidzi )


Subhanallah,jadi sahabat-sahabat semua,di sini dapatlah saya simpulkan bahawa nak dapat pahala bukannya susah.Duduk senyap-senyap dalam bilik dan baca quran.Haa insya Allah dapat pahala.Kalau kita mengajar adik-adik pun dapat lebih banyak pahala.Kita tidak dapat melihat pahala kerana Allah ingin menguji kita.Cuba bayangkan sekiranya setiap kali kita membuat kebaikan,tiba-tiba datang duit dari langit.Jika begini keadaannya, sudah tentu tidak akan ada orang yang membuang masa mereka dengan melakukan perkara yang sia-sia bukan??Allah itu Maha Penyayang dan Pengasih. Mudah saja Allah nak bagi pahala kepada kita.Allah menguji kita kerana ingin melihat tahap cinta kita kepada Allah.Situasinya sama sahaja.Cuba anda fikirkan sekali lagi.Sekiranya seseorang itu mencintai seseorang yang lain,mereka akan menguji orang yang dicintai itu untuk melihat sejauh mana cintanya.senang dan logik bukan?? Cuma semuanya terpulang kepada keyakinan kita terhadap Allah SWT.Sekiranya kita yakin kepada kebesaran dan kewujudan Allah SWT dan sentiasa berusaha untuk mencari keberkatan-Nya,Insya Allah hidup kita akan disinari dengan petunjuk Allah SWT.Insya Allah..


No comments: