Sunday, June 20, 2010

BERKELAH DI PANTAI........

Subhanallah..tiada sesiapa dapat meniru ciptaanmu..
Adik Wafi merakam pemandangan pulau yang indah..

la haula wala quwwatailla billah..



Abdul Wafi(biru) dan Muhammad Qisti(hijau) menghayati kebesaran allah....

Adik azim khusyuk membuat istana pasir...

gali lagi adik!! gali lagi..!mane tau ade remis...

umi..abi...ifah kena tanam..huhu..

Alaa Adik azim ..janganla merajuk...






ASSALAMULAIKUM..

Baru baru ini, saya dan keluarga telah bercuti di PANTAI KELULUT,MARANG,KUALA TERENGGANU..Alhamdulillah..boleh juga pergi pantai bersama adik2 umi dan abi.memang menyeronokkan..

Setibanya kami di sana,SUBHANALLAH..kami dapat melihat pemandangan yang sungguh indah dan cantik sekali.Ditambah pula dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa..hatiku damai melihat dedaunan pohon melambai seakan akan menyambut kedatangan kami.Dihadapan kami terdapatnya satu bentangan biru yang amat luas sehingga tidak terjangkau mata memandang seolah-olah tida penghujungnya..Pabila ku dongak ke atas..mataku menangkap seribu satu kejaiban ciptaan langit yang berdiri kukuh dan teguh walau tanpa sebarang tongkat dan tiang..SUBHANALLAH..



Terpesona dgan kebesaran ciptaan ALLAH..ku segera mendapatkan adik-adikku yang seronok bermain-main di gigi pantai.."waaah..hebatnye umi..tengoklah..hebatnye laut.."itulah kata-kata adik bongsuku,Abdul Azim yang berusia 4 tahun..dia sungguh teruja sekali melihat pantai yang luas itu kerana itulah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke pantai...

Mendengar gelak ketawa adik adikku sungguh meriangkan..terasa begitu seronok melayan kemesraan alam semesta.."waah abi angah jumpa remis la...."Abdul wafi,17 tahun memberitahu abi."umi..seronokla Ainun main air..sejuk sangat..rasa macam nak tenggelam kaki ainun umi.."Ainun Izzati, 12 tahun meluahkan kepada umi..

walaupun kami ke sana dalam waktu yang singkat sahaja namun,kami sangat berpuas hati..terasa damai jiwa kami menatap kebesaran alam semesta ciptaan Allah yang tiada taranya..i/allah kita sehingga bertemu lagi..


No comments: