Sunday, September 19, 2010

posting sempoi...:)

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita dalam posting kali ini..semoga sahabat semua berada dalam inayahNya..i/allah amiin..
Berlalu lah sudah ramadhan 2010 dan sekarang kita berada dalam bulan syawal yang mulia.Apa yang telah kita lalui sepanjang ramadhan yang lalu jadikan lah ia sebagai pedoman dan ingatan untuk kita.Sekiranya kita masih lagi melakukan kesilapan pada bulan ramadhan yang lalu dan kita begitu menyesalinya..lakukanlah perubahan pada bulan syawal ini..Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi mengasihani terhadap hamba-hambanya..

Hari raya Aidilfitri kali ini agak meriah..kemeriahan lebih terasa apabila berkumpul bersama -sama ahli keluarga yang sudah lama tidak bersua muka..Mengenakan pakaian yang sama untuk setiap ahli keluarga (bertema).Pada hari yang mulia ini jugalah kita saling berlapang dada memaafkan sesama ahli keluarga untuk apa jua kesilapan yang dilakukan..Alhamdulillah..

Sungguh tidak disangka banyak pula jemputan untuk ke kenduri kesyukuran dan kenduri kahwin pada hari raya ini..Memang boleh dikatakan makanan sentiasa ada di mana2..sentiasa kenyang..Alhamdulillah..ooh ya menyentuh soal kenyang, jangan pula kita lupa akan saudara -mara kita di Pakistan yang sedang kelaparan akibat negara mereka dilanda banjir besar baru -baru ini..bersyukurlah dengan apa yang ada.Janganla membazir dalam soal makanan..makananlah mengikut kemampuan kita..kalau sudah kenyang jangan dipaksa-paksa pula.Lagipun membazir itu kan amalan syaitan..

Nun di sanubariku di sini sahaja lah hendaknya kita bersua..waktu bercuti sudahpun sampai ke penghujungnya..pelajaran sedang menungguku..sehingga bertemu kembali di lain waktu insya Allah...










No comments: