Thursday, January 20, 2011

TARBIYAH??




Assalamualaikum rakan2 dan sahabat2 yang dirahmati allah..


وَمَا خََلقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِي
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)


sebelum memulakan posting marilah kita sama2 beristighfar..'astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..alhamdulillah..semoga kita sentiasa menyedari kesilapan2 kita yang telah lalu dan tidak mengulanginya di masa akan datang..insya allah..

insya allah kali ini saya nak share tentang topik hangat yg bertajuk tarbiyyah..semua orang mesti pernah dengar tajuk ini kan??apakah itu tarbiyah sebenarnya ye?


Tarbiyah pada maksud umumnya adalah sebagai satu didikan ataupun perkara yang dapat mendekatkan diri seseorang dengan allah.Tarbiyah tersangatlah penting kerana kita semua tahu iman yazid wa yankus (iman sentiasa naik dan turun)..jadi kita tidak ubah ibarat handset kita yang sentiasa perlu di "top up" sentiasa.Apakah yg terjadi kalau satu tahun kita tak top up handset kita..innalillah lah jawabnya..nak menghubungi rakan2 pun tak kesampaian..bahasa mudahnya..memang meranala hidup ini sebab tiada alat untuk menghubungkan kita dengan orang lain lebih2 lagi di kala kita dalam kesusahan.

Bagi mewujud dan melahirkan negeri dan negara yang mengamalkan ajaran islam sepenuhnya perlulah bermula dengan tarbiyah yang melibatkan individu. Mana mungkin jika tiada seorang pun individu yg bertarbiyah tetapi tiba2 muncul negara islam..oh..itu tidak mungkin berlaku dalam sejarah..

Antara ciri2 tarbiyah ialah tarbiyah itu datangnya mestilah dari allah..berdasarkan alquran dan as sunnah kerana al quran dan sunnah merupakan sumber panduan islam yang utama dan pertama. Yang seterusnya ialah tarbiyah itu mestilah seimbang dan istiqamah..setiap perkara yg dilakukan perlulah berterusan.jika kita bersungguh2 melakukan kebaikan pada awalnya sahaja tetapi terus meninggalkannya apabila jemu..tidak mungkin kita akan mendapat tarbiyah yg baik.

ciri2 tarbiyah seterusnya ialah syumul..tarbiyah bukan sahaja untuk sesama islam tetapi juga untuk bukan muslim.agar nur islam sampai pada semua yang bergelar manusia. Antara contoh terakhir,tabiyah haruslah berdasarkan kemampuan kita..

baiklah sahabat2 banyak lagi yang saya dan sahabat2 semua perlu tahu tentang maksud 'tarbiyah' ini.jika ingin penjelasan lanjut bolehla rujuk buku2 yang terdapat di kedai seperti buku petunjuk sepanjang jalan karya syed qutb dan banyak lagi..banyak membaca luas pandangan..insya allah..





No comments: