Saturday, April 14, 2012

TV AL HIJRAH di PANDAN INDAH!




Ibarat bulan jatuh ke riba..alhamdulillah..alhamdulillah segala puji bagi allah kerana memberikanku sedikit kesempatan dan kekuatan untuk menghadiri majlis ilmu anjuran tv alhijrah yang berlangsung di masjid azim pandan indah pada 14 april 2012.program yang julung2 kali diadakan oleh tvalhijrah di masjid tersebut telah menggamit ramai penonton tidak mengenal usia.sambutan yang diberikan amat memberangsangkan.pelbagai aktiviti menarik diadakan dengan jayanya.

satu perkara yang berjaya menarik lebih ramai kunjungan hadirin adalah tidak lain tidak bukan program "30 minit bersama ustaz don!"..wah3 selama ini hanya melihat ustaz dikaca tv tetapi hari ini allah beri peluang untuk menuntut ilmu secara live bersama ustaz don..subhanallah..pengisian bertajuk "israk mikraj"sungguh menyentuh jiwa.apa yang mengejutkan seluruh kawasan di dalam masjid dipenuhi ratusan penonton yang dahagakan ilmu...alhamdulillah..



             tidak jemu ustaz don menyampaikan ilmunya...

ustaz memulakan bicara dengan memperdengarkan kepada penonton terutamanya wanita bahawa allah menyembunyikan dan sangat menjaga aib wanita..sebagai contoh..kata ustaz, dalam solat wanita diletakkan di saff belakang..apa2 yang berlaku pada mereka sebagai contoh kalau mereka gatal kaki digigit nyamuk..mereka garu macam mana pun tiada orang melihatnya..sudah tentu! ditambah pula mereka diwajibkan memakai pakaian menutup aurat.hanya wanita itu dengan allah sahaja yang mengetahui..begitu allah memuliakan wanita..maka janganlah sekali2 seorang wanita itu sengaja merendahkan martabat dan membuka aib sendiri..nauzubillah...

ada pula penonton mengajukan soalan pada ustaz.."ustaz apa tanda mimpi kita itu adalah mimpi yang benar.."emm yang ni orang pompuan paling suka bab2 ni..hehe" usik ustaz dengan nada lucu..ada 5 perkara yang apabila ada kesemuanya maka insya allah mimpi itu adalah mimpi yang benar..apa dia?


1.mimpi berlaku pada tengah malam
2.selepas mimpi itu kita terus terjaga
3.mimpi berlaku apabila kita tidur dalam keadaan berwudhuk
4.mimpi berlaku semasa kita tidak berada dalam hadas.
5.kita mengingati mimpi itu dari awal sampai akhir.

haa..satu ilmu baru dari ustaz untuk hari itu..alhamdulillah..terima kasih ustaz.

menceritakan peristiwa israk mikraj, ustaz membawa analogi seekor ikan yang dibawa mengembara ke klcc..tuan2 kita tahu ikan berasal dari kolam..sekiranya ikan itu menceritakan kepada kawan2nya bahawa dia telah pergi melawat klcc sudah tentu 100% kawan2nya tidak akan percaya..mana mungkin ya ikan yang tidak dapat bernafas tanpa air tiba2 mampu menjelajah ke tempat jauh seperti klcc itu..sedangkan pada hakikatnya ikan itu telah dibawa oleh seorang manusia , diletakkan di dalam balang dan dibawa menaiki kenderaan hingga sampai ke klcc.


apa yang ustaz ingin beritakan ialah begitulah halnya seperti yang berlaku kepada nabi muhammad saw sewaktu peristiwa israk mikraj..semua tidak mempercayai kata2 baginda kecuali sebahagian sahabat..bukan nabi yang berjalan ke masjidil aqsa dan sidratul muntaha akan tetapi allah lah yang telah memperjalankan baginda..begitulah kekuasaan allah..


mengabadikan kenangan bersama kak irma 

bekas juara master chef, chef izani @ dr gigi...


medical check up




   sebahagian abang dan kakak USIM dari kursus pergigian memberikan penerangan


pertandingan mengutip coklat oleh kanak2 PASTI.



  menjawab persoalan yang diajukan penonton




   haa..ini adalah satu bukti penyertaan aktif warga USIM bersama masyarakat..medical dan dental check up..

Akhir kata..semoga program begini dapat diadakan lagi di lain waktu.ini sesungguhnya merupakan satu dakwah yang baik untuk masyarakat.salam pena buat pembaca.assalamualaikum.

tv alhijrah terbaik!! thumbs up!

No comments: