Saturday, August 4, 2012

be grateful



Setiap insan mempunyai coretan hidup tersendiri. pernah anda terfikir mengapa hidup demikian dan demikian.??sebenarnya hidup kita bukanlah untuk kita seorang sahaja.coretan dan lakaran cerita kehidupan kita kadang kadang memberi impak besar kepada hidup insan lain.



setiap yang allah ciptakan tidaklah sia sia.ada hikmah disebaliknya.hatta seekor nyamuk itupun.apa hikmah penciptaan nyamuk ya? sudahlah kecil..suka menyengat pulak tu? em barangkali anda pernah terfikir sedemikian.

ada hikmahnya.

 tanpa nyamuk tiadalah syarikat RIDSECT, FUMAKKILLA dan sebagainya.lihat! dengan penciptaan seekor makhluk seperti nyamuk itu dapat menjadi sumber rezeki sang manusia demi mencari sesuap nasi.


itu baru sahaja berbicara tentang nyamuk..belum lagi menyentuh tentang makhluk2 lain.


kadang kadang apa yang berlaku pada kita adalah sebagai pengajaran buat orang lain.kesusahan kita..kegembiraan kita..untuk bersama dirasai oleh orang lain.



bayangkan di sebuah jalan raya anda terlihat seorang lelaki muda..berwajah tampan, kemas akan tetapi anda dapati dia tidak mempunyai tangan dan kaki.apa perasaan orang yang melihatnya? 


"masya allah..kesian betul dengan lelaki tu.."

"alhamdulillah ya allah kerana engkau masih lagi memberikanku tangan dan kaki untuk belajar"

"allahuakbar..moga allah permudahkan segala urusannya"



itulah yang akan terdetik di hati orang ramai yang melihat keadaan lelaki itu..
doa dan harapan dipanjatkan buatnya sekaligus mendatangkan rasa syukur di dalam diri atas segala nikmat yang telah allah berikan..

bersyukur..bersyukur..dan bersyukur..
itu kunci kebahagiaan dunia akhirat.


No comments: