KEMBARA ILMU:
kembara ilmu selaut
cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis
kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi
lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis
kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi
lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan
lagu bukan sekadar lagu.ia benar2 menyentuh sanubariku..aku
ibarat pngembara.mengembara di tengah lautan ilmu bukan satu perkara yang
mudah.kadang gelora dan badai kesulitan datang tiba2.kadang seribu kesenangan
menjengah tanpa disangka…ada susah ada senang.
Dalam lirik seterusnya menyentuh tentang bagaimana dosa itu
sendiri menjadi penghalang cahaya ilmu dari meresap ke jiwa.Allahurabbi..segunung
keampunan ku mohon ampun darimu..dari segala dosa yang selama ini menutup pintu
hatiku dari merasakan kehebatan ilmumu..tiada yang lebih mengetahui melain Allah..kerana Dia mencipta segalanya.
Ilmu adalah cahaya.hati kita ibarat sekeping kaca.kaca yang
dibiarkan lama tanpa dilap akan dipenuhi debu .tatkala cahaya ingin menembusi
kaca ini…hanya sedikit sekali cahaya yang dapat melepasi..itulah
ibaratnya..debu itu adalah dosa kita..dosa dengan ibu bapa.. dosa dengan allah
dan manusia sekeliling..sengaja dan tidak sengaja…astaghfirullah..
Tiada yang mudah di dunia ini.sesuatu yang mahal pasti ada
halangannya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment