Saturday, May 24, 2014

Aku Sedar..

Assalamualaikum..

Sudahkah kita mengucapkan syukur yang tidak berbelah bahagi kerana masih menjadi insan yang bertuah dan berpeluang hidup di muka bumi ini. Jadikan hari harimu hari yang terbaik untuk diri, ummah dan agama.

Seronok bukan setiap hari kita berlalu dengan lancarnya In Syaa Allah.Jika ada masalah pun tidak terlalu berat dan tidak hingga sampai ke tahap pengorbanan nyawa. Alhamdulillah lagi.

Pernah hati kecil kita tertanya bagaimana mereka di negara lain yang hidup pada saat yang sama dan detik yang sama dengan kita. Saban hari kita melihat televisyen..gaya hidup orang barat yang begini begitu..kelihatan gembira dan bebas sekali...bagaimana pula mereka yang sedang  berada dalam negara yang bergolak. Jauh bezanya dengan hidup kita saat ini...kita peduli?...yang penting aku hidup dengan aman dan selesa..

Sekiranya peperangan itu berlaku di negara tempat kita hidup?..adakah pada saat itu baru kita mula untuk mengingati mereka..yang setiap hari berdepan dengan malaikat maut yang bersedia untuk mengambil nyawa sesiapa saja dan pada bila bila masa?. Allahuakbar..teman teman sahabat sahabat...cuba letak diri kita pada tempat mereka..berada dalam satu keadaan di mana kita tidak tahu sama ada hari itu kita masih dapat menatap wajah ibu bapa kita atau tidak, bisa bermadu kasih bersama insan tercinta atau tidak..bisa menatap wajah comel si anak atau tidak...

di saat makanan pun tidak mencukupi..rela makan apa sahaja demi meneruskan hidup berbaki..persoalan yang setiasa akan menerjah minda kecil.." adakah ajal aku akan tiba hari ini?"
Allahuakbar..

Sememangnya Allah tidak mengizinkan lagi kita merasa detik perit seperti mereka namun itu bukanlah satu alasan untuk kita hidup dalam kegembiraan melampau sehingga melupakan mereka yang kurang bernasib baik..

Marilah kita menjadi umat Islam yang peka dengan keadaan sekeliling..bukan sahaja hidup di alam realiti individualistik...semua insan inginkan kebahagiaan dan berhak untuk bahagia..marilah kita sama sama membantu dari segenap aspek supaya setiap insan berhak mengecapi kebahagiaan hidup dunia akhirat.

Sudah tidak terkira banyaknya perihal kezaliman kepada manusia di seluruh dunia sekarang. Tidak mampu untuk ku coret satu persatu. Tugas kita bukan sekadar untuk tahu tetapi mengajak insan lain untuk turut sama tahu keadaan sebenar dan membantu mengikut kemampuan masing masing..

Saat ini sudah terserlah adanya usaha gerakan Islam dan Jamaah Islam untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik mahu dari segi aspek  pentadbiran demi mewujudkan satu kuasa besar dalam pemerintahan Islam demi membela dan membantu  umat Islam di negara lain dan bergabung tenaga dengan negara negara Islam yang lain demi menghapuskan kuasa zalim yang menindas selama ini. Bantuan penting juga dari pelbagai persatuan dan jamaah Islam seperti makanan, tempat tinggal rawatan dan sebagainya juga merupakan satu sumbangan yang besar...wajib untuk kita menggembleng tenaga demi agama tercinta.

Pastikan diri kita menjadi insan yang menyumbang kepada Islam dan ummah..Tanggungjawab kita bukan sekadar sebagai anak, pelajar, isteri, suami....namun sebagai umat Islam yang  mana peranannya kepada agama lebih besar lagi..

Akhir kalam..mari pupuk kesedaran dan ajak insan lain untk sama sama sedar nasib mereka di negara negara lain..wallahualam.

1 comment:

Unknown said...

;).. syukur Alhamdulillah..