Tuesday, May 4, 2010

AURAT??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua..

Posting sy hari ini ingin menyentuh tentang aurat..sama seperti apa yang saya postkan dalam facebok saya.Baiklah sahabat2 semua sebenarnya apakah yang telintas dalam fikiran kita apabila kita mendengar seseorang menyebut perkataan 'aurat'..mungkinkah terbayang seorang wanita yg berpakaian tertutup lingkup?atau mungkinkah anda rasa bosan dengan perkataan tersebut kerana ianya sangat sinonim dan sensitif kpd wanita?..emm mungkinkah ada kemungkinan lain lagi..??

duhai pembaca yang disayangi..

Saya sungguh yakin bahwa semua orang tentu tahu tentang bahagian aurat terutama wanita kerana sejak sekolah rendah lagi kita sudah dididik oleh guru tersayang untuk menghafal bahagian aurat.bukankah begitu??Oleh itu sekarang masanya untuk kita memahami mengapa kita perlu menutupnya.

Sahabat2 tersayang..

Tidaka ada satu agama pun yang mengajar umatnya untuk menutup aurat sepertimana agama islam.Yakinlah dengan agama islam kerana islam adalah agama Allah dan diiktiraf serta diterima oleh Allah..jika kita percaya dan yakin pada Allah, kita akan menurut segala suruhan Allah kerana apa? kerana kita yakin setiap apa yang disuruh Allah pasti tersembunyi hkmah..

Wanita adalah permata yang begitu berharga yg dicipta oleh Allah..satu2nya cara untuk mengekalkan suatu yg begitu berharga adalah dengan melindunginya daripada pandangan org lain.Tidak semua orang bertuah untuk melihat dan menyentuhnya sesuka hati.hanya insan yang bergelar 'suami' sahaja layak untuk memilikinya.

Bersangka baiklah terhadap Allah.Allah tidak menyuruh sesuatu untuk membebankan hambanya.Janganlah kita menganggap menutup aurat sesuatu yg sangat susah untuk dilakukan.membataskan pergerakan.Tidak sekali2!! Malah menutup aurat pula dapat melindungi diri kita dari sangkaan buruk manusia.

sahabat2 tercinta..

Perlukah seorang wanita mempamerkan apa yang perlu disembunyikan?Sudah fitrah wanita sukakan orang lain memujinya cantik.Usah bimbang dan risau jika kecantikan kita tidak dapat ditatap oleh lelaki ajnabi lain.Malah berbanggalah anda dengan pakaian yg menutup aurat kerana anda tidak mudah dipermain2kan oleh org lain.. Percayalah dengan keyakinan yg tinggi bahawa Allah telah menciptakan lelaki dan wanita berpasang pasangan.Insya allah jika ada jodoh kita pasti akan bertemu dengan insan yg bertuah itu.Bersabarlah dalam menjalankan syariat Allah.Allah tidak akan menyiakan amalan baik hamba2 nya..

No comments: