Friday, August 6, 2010

pandan indah....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Assalamualaikum dan salam rinduku buat sahabat satu blog..alhamdulillah dan syukur kerana kali ni saya mampu untuk meluangkan sedikit masa untuk bersama anda semua..Subhanallah..Alhamdulillah...Alahuakbar..
 Sebelum memulakan posting suka untuk saya mengingatkan sahabat2 supaya memperindahkan lagi hidup kita yang sangat berharga ini dgn zikrullah sepanjang masa tidak kira di mana sahaja..

Saya ingin mencoretkan sedikit  kisah sepanjang saya memulakan pembelajaran sebagai seorang mahasiswi di pandan indah ini.Alhamdulillah buat pertama-tama sekali saya ingin memanjatkan seluruh syukurku pada Allah yang telah memberi peluang kepadaku untuk melangkah dalam bidang kedoktoran kerana itulah cita citaku sejak kecil.untuk menjadi seorang doktor.(tp x spesifik lagi)..Sungguh Allah itu Maha Kaya..berbagai nikmat telah kukecapi daripadanya..alhamdulillah..

Memulakan pelajaran dalam bidang pergigian sangat membuatku teruja.Buat pertama kali adanya rasa serba salah dalam diriku sama ada ingin menukar bidang perubatan ataupun tidak. Namun setelah saya menelusuri bidang ini selama beberapa minggu dengan cara tidak langsung minatku untuk menceburi bidang ini dgn lebih mendalam mula timbul..seronok tau belajar gigi..teruja sgt...entahla..tapi terasa begitu relaks sekali terutamanya semasa waktu 'tooth carving'(kelas mengukir gigi)..kami menggunakan lilin merah untu mengukir model gigi tersebut..

Walaupun subjek yang perlu dipelajari adalah sebanyak 12 subjek namun saya tidak merasakan sebarang tekanan ataupun tertekan.(setakat inila..hehe).insha allah...Kesibukan bagi seorang pelajar adalah satu perkara biasa..yang penting.."never to say i'm tension right now!!'...oh..no..jgn sekali2 mengungkapkan kata-kata itu..ianya akan menaikkan lagi ke'tensionan' anda..berfikir dan bertindaklah secara positif..perjuangan kita tidaklah sehebat dan sesusah perjuangan para nabi..

Allah telah memberi peluang kepada kita sehingga kita mampu belajar dalam keadaan yang tenang,aman dan penuh dengan pelbagai kemudahan..gunakanlah nikmat kesenangan ini sebaik mungkin..Cubalah lihat sahabat2 kita di palestin,Iraq yang hidup dalam keadaan ketakutan dan kelaparan..adakah mereka tidak teringin untuk balajar seperti kita?.. Adakah mereka suka untuk kehilangan orang yang mereka sayangi? adakah mereka suka untuk hidup dalam keadaan sedemikian?..semestinya tidak bukan?

Kita perlu sedar bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah curahkan kepada kita..terlalu banyak kesenagan yang kita kecapi...apakah kita pernah mengucapkan 'Alhamdulillah' kepada tuhan pemberi segala nikmat..terlalu sayangnya dan kasihnya Allah  pada hamba-hambanya..tidak pernah membiarkan hambanya melata tanpa rezeki..kita lebih tahu dengan cara apakah kita menggunakan dan memanfaatkan nikmat allah yang tidak terhitung itu...gunalah nikmatnya sebaik mungkin..insha allah..

Menuntut ilmu jgn sekadar mengetahui dan menghafal tetapi kaitkanlah ia dgn tanda keagungan Allah SWT..mudah mudahan hidup kita sebagai pelajar dipenuhi dgn keberkatan dan pertolongan Allah SWT..amiin..:) maaf sebab tak letak gambar gigi carving tu..








































1 comment:

Muhamad Haikal said...

salam.. tumpang tanya.. subjek apa yang perlu diambil semasa mengambil kursus pergigian>