Friday, January 14, 2011

penghijrahan cinta

Assalamualaikum..


Ye sahabat2 yg dirahmati allah..seperti tajuk yang tertera yang bertajuk penghijrahan cinta, saya nak berkongsi apa yang saya dapat dalam satu forum baru2 ini yang melibatkan penulis buku 'aku terima nikahnya"..ustaz hasrizal@saifulislam.com.Tajuk yang penuh dengan rahsia jiwa ini sangat menarik minatku untuk mendengarnya.

Sesungguhnya saya telah mendapat konsep baru dalam mengharungi hidup ini.Ingatlah..barangsiapa yang berhijrah semata2 kerana Allah dan rasul maka i/allah Allah akan membuka jalan kelapangan baginya.Analoginya macam ni..sebelum ni kita ada berpacaran dengan seseorang..kita suka kat die die suka kat kita..i lap u..u lap mi la..contohnye begitula..tapi setelah kita ada kesedaran tentang bahana cinta palsu ni..kita pun berazam nak memupuk cinta kepada allah..kita try lupakan dia..dan kita berazam untuk berubah ni betul2 ikhlas krana allah dan bukan sebab orang lain paksa.yakinlah lepas tu akan ada kesenangannya.


ok..kalu analogi ni berat sangat..saya nak kongsi apa yang imam muda ayshraf bagitau..talk beliau sangat best!.. Beliau berkata berdasarkan pgalaman beliau..beliau mengatakan sgt rugi rasanya bila kita dah curahkan cinta kita pada yang bukan muhrim sebelum akad. Perkahwinan yg dilangsungkan ibarat sudah hilang separuh seri. Alangkah nikmat dan bahagianya jika kita betul2 bersabar dan simpan dulu perasaan kita untuk berpacaran. kemudian luah segalanya selepas perkahwinan..cuba bersihkan hati kita dari mengingati si dia dgn menyibukkan diri dgn perkara berfaedah.contoh bersukan..baca buku agama..novel pembangun jiwa..dan macam2 lagi

Kita semua mesti nak rasa kemanisan iman @halawatul iman bukan?antara cara untuk kita dapat ialah mencintai allah dan rasul lebih dari segalanya dan kita mengasihi org lain kerana allah. Bukan bererti islam melarang dan menghalang kita daripada cinta sesama manusia. sudah semesti itu bukan islam. Agama islam tidak sekejam itu. Namun, perlu kita ingat bahawa cinta pada allah mesti lebih dari segalanya..Jika kita mencintai seseorang pun, dan jika kita masih mengutamakan cinta allah,,sudah tentu kita tidak akan tergamak melakukan maksiat dengan si dia.kerana apa?..kerana allah cinta utama kita..ok..paham kat situ??

 sahabat2 terasa berat sungguh diri yg menukilkan post ini..cinta pada allah bukan satu benda yg senang..memerlukan penghijrahan seikhlasnya yg mana ikhlas itu hanya diketahui allah sahaja..kita pun kadang2 tidak tahu tahap keikhlasan kita kan?..sakitnya menahan nafsu amarah demi mencapai cinta hakiki akan terbayar jua akhirnya..akan dinilai oleh allah sekalian alam..subhanallah..semoga allah memberi kekuatan kepada kita..khas bagi yg yang pernah,sedang dan akan memburu cnta palsu ini..sedarlah bahawa bersusah-susah dahulu,bersenang2 kemudian..cubala dapatkan nikmat cinta bersama Allah..

Allah juga ada berfirman melalui kalamnya:"sesungguhnya setiap kesusahan itu ada kesenangannya.. "

Remaja seperti kita menghadapi cabaran dan ujian yang paling besar dalam hidup yang kita panggil CINTA..tetapi salurkanlah cinta kita itu ke tempat yg sepatutnya..mungkin hempedu pada awalnya tetapi madu pada akhirnya..Perkahwinan itulah sebenarnya kandang cinta kita..

last but not least banyak lagi yg nak di postkan tapi masa tak mengizinkan..masa perlu dibahagikan..kerana bagi saya tanggungjawab kta lebih banyak dari masa yang ada..i/allah semoga post kali ini dapat memberi skop baru kepada kita terutamanya remaja seperti saya..hmm..untuk bersedia menghadapi mehnah dan tribulasi yang mencabar pd masa akan datang..sama2 tazkiyatun nafs(membersihkan diri)..supaya nur keimanan sentiasa terpancar di wajah sahabat2 sekalian..sehingga bertemu lagi..ilalliqo'...




No comments: